Followers

Paradox of plenty

Sunday, January 31, 2010

Oleh Haris Zalkapli

Satu masa dulu, media yang tidak menyokong kerajaan hampir tidak ada di pasaran. Maklumat terutama laporan isu politik hampir dimonopoli media prokerajaan.


Pada masa itu, akibat sumber maklumat yang amat terhad, ramai tidak dapat memilih dan menilai maklumat dengan kritikal. Memilih dan menilai amat sukar.

Hari ini, dengan bercambahnya media cetak dan blog, memilih dan menilai maklumat tidak juga menjadi lebih mudah.

Najib tidak berani bertindak keatas Ku Li

Oleh NanBinjai

Ada sahabat mahukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah keluar sahaja Umno dan masuk PKR. Mungkin bagi Ku Li, PAS tidak sesuai dengan idealismenya. Jadi masuk saja PKR.

Tetapi saya berpendapat biar sahaja Ku Li bersama Umno sehingga jawatankuasa disiplin Umno mengambil tindakan keatas beliau sama ada pecat atau gantung daripada Umno.

Ini lebih sesuai bagi menjaga kredibilitinya sebagai orang politik. Kalau dia bertindak sewenang-wenangnya ia mungkin setaraf Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir MAS. Jadi nama baik seorang ahli politik kena jaga.

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Saturday, January 23, 2010

Mengikut kitab hikayat Tufat n' Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan, iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada sultan. Wan Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Wan Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Wan Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Dua tuduhan rasuah: Bekas Exco Perak tetap ke penjara

Thursday, January 21, 2010

PUTRAJAYA 21 Jan. – Bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Azman Mahalan akan menjalani hukuman penjara dua tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan semula sabitan terhadap salah satu daripada dua tuduhan rasuah.

Panel tiga anggota hakim yang diketuai Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan rayuan pendakwa untuk menyabitkan Azman, 68, yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Tapah, atas tuduhan pertama memberi suapan RM2,000 kepada seorang kontraktor, Mohd Kamal Rabaii.

Nik Sapeia lafazkan sumpah

Sunday, January 17, 2010

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KOTA BHARU 17 Jan. – Ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah berhubung kes menyembur bahan berbahaya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini bersumpah bahawa beliau tidak melakukannya.

Biarpun akur dengan keputusan Mahkamah Majistret Khamis lalu sebagai selaras dengan perundangan negara, Nik Sapeia berkata, sumpah itu dilakukan bagi membersihkan nama baiknya dan keluarga yang tercela ketika ini.

'Kami Semua Panik Apabila Bot Terbalik' - Mangsa

PULAU PINANG: "Semua berlaku dalam sekelip mata...kami semua cemas dan panik dan ada antara kami yang terus tenggelam," kata seorang mangsa terselamat dalam kejadian bot perahu naga terbalik akibat dipukul ombak di sini hari ini.

Kuah Zi Xu, 17, ketika menceritkan detik kecemasan yang dialaminya, berkata selepas mendayung selama 45 minit, mereka cuba membuat pusingan 'U' untuk berpatah balik apabila secara tiba-tiba bot mereka dipukul ombak tinggi.

Pelajar tersebut adalah antara 12 mangsa yang terselamat dalam peristiwa sedih tragedi itu ketika menjalani latihan di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum di sini pada pukul 8.45 pagi tadi.

Forum "Allah: Siapa yang punya?" Antara fakta, kebenaran dan kewajaran

Saturday, January 16, 2010

Oleh Lim Hong Siang

Masyarakat Malaysia membuktikan kematangan apabila forum terbuka untuk membincangkan kontroversi penggunaan kalimah "Allah", isu agama yang selama ini dianggap sensitif, berlangsung dengan lancar dan aman.

Forum yang berjudul "Allah: Siapa yang punya?" ini membariskan tujuh orang ahli panel yang berbeza pandangan, dihadiri pula hampir 700 orang hadirin dari latar belakang yang berlainan, tetapi berjaya mengendalikan perbezaan masing-masing dengan baik.

Perbahasan hangat di antara ahli panel, termasuk sesi soal jawab dari hadirin kelmarin berlangsung untuk lebih daripada tiga jam, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH), mulai jam 8:30 malam.

Dr Pornthip Tak Didakwa Bocor Laporan Forensik Teoh Beng Hock

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Peguam Negara tidak akan mendakwa ahli patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rajanasunand, berhubung dakwaan membocorkan maklumat laporan forensik mendiang Teoh Beng Hock kepada sebuah akhbar tabloid tempatan.

Peguam Tan Hock Chuan memberitahu Koroner Azmil Muntapha Abas, yang sedang mendengar inkues mengenai kematian Teoh, berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telahpun meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis semalam dan mendapati tidak terdapat bukti kukuh bagi menyokong dakwaan itu.

"Dalam keadaan itu, Peguam Negara berpendapat tiada asas untuk mendakwa Dr Pornthip atas tuduhan itu," kata Tan yang bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia dalam inkues berkenaan.

Polis Pantau Semua Blog, Laman Rangkaian Sosial

Thursday, January 14, 2010

KUALA LUMPUR: Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.

Kata orang, kalimah Allah mainan UMNO

Tuesday, January 12, 2010

Oleh Lutfi

Seorang sahabat saya, saat berbual dalam telefon, menyatakan kalimah Allah hanyalah satu permainan UMNO sahaja. Begitu juga dengan beberapa rumus dan tulisan dalam blog yang menyatakan, 'kununnya' isu ini hanyalah satu lagi cara orang tertentu, dan UMNO - mengalihkan perhatian kepada isu yang lebih besar, seperti isu enjin jet. Saya tidak tahu apakah makna 'isu yang lebib besar', lebih-lebih lagi, apakah makna 'besar' di situ.


Dari satu sudut, jika kita menggunakan dacing materialisme - memang, isu jet itu besar, kerana (1) saiz enjin jet memang besar dan (2) RM50 juta memang nilai yang besar. Tetapi, sebenarnya saya memang tidak berminat langsung untuk membincangkan isu besar atau tidak. Malah, entri ini ditulis pun bukannya untuk menafikan atau mengiyakan 'rumus' ini. Kita tak ada buktipun, selain hanya main agak-agak sahaja. Jadi, tak penting lansung adakah isu Kalimah Allah ini satu mainan politik orang UMNO, Lagipun saya bukannya politikus, tak ada untungnya untuk saya pun.

Lelaki ditemui mati dikelar di perut

KUALA LUMPUR 12 Jan. — Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di perut ditemui di celah batu oleh orang awam yang lalu-lalang di atas jambatan Sungai Batu berhampiran sebuah pondok rehat di Jalan Ipoh di sini hari ini.


Mayat Gurmeeth Singh a/l Suret Singh, 23, ditemui tersepit di celah batu berhampiran pondok rehat sebuah tokong di Jalan Mangga, Kampung Kasippilay di sini kira-kira pukul 7.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mangsa dipercayai mati akibat dikelar di perut dengan menggunakan sebilah sabit berdasarkan penemuan sarung senjata itu kira-kira 10 meter dari mayat mangsa.

Siti Hajar titis air mata cerita azab didera majikan

KUALA LMPUR 12 Jan. — Seorang pembantu rumah warga Indonesia menitiskan air mata serta meluahkan perasaan marah terhadap bekas majikannya ketika memberi keterangan terperinci di Mahkamah Sesyen di sini mengenai kejadian dia disimbah air panas manakala lehernya dikelar menggunakan pisau pemotong sayur.


Siti Hajar Sadli, 34, juga tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu mahkamah mengenai seorang pemandu teksi yang membantu menghantarnya ke Kedutaan Indonesia di sini serta memberi wang tunai RM18 untuk membeli makanan tetapi dia tidak dapat mengambil nama ataupun nombor pendaftaran teksi tersebut kerana keadaannya yang terlalu lemah ketika itu.

Gaya Bahasa Al-Quran

Oleh Aidil Khalid...

Mutakhir ini, semakin menjadi popular pula sebuah teori kesusasteraan yang cuba untuk mengikut teknik-teknik kesusasteraan daripada Al-Quran. Saya tergerak untuk menulis entri ini setelah memberikan komen di ruangan komentar blog rakan penulis, saudara Syafiq Zulakifli yang saya hormati tetapi saya berbeza pandangan dengannya.

Sebagai orang Islam, kita tentu sekali percaya dan beriman dengan sepenuh hati bahawa Al-Quran itu adalah kalam Tuhan yang diwahyukan kepada nabi Muhammad saw dan oleh itu sudah barang tentu bersifat sempurna dan bersih daripada sebarang cela mahupun cacat. Dan kesempurnaan ini mencakupi aspek kesusasteraan termasuk juga laras bahasanya.

Allah SWT, Rasullullah SAW, Ibubapa.

Oleh Faizal Yusup


Perkara pertama dan yang paling utama dalam kehidupan ini ialah menjadi seorang manusia ialah untuk menjalankan ibadah atau mengabdikan diri kepada Allah Taala. Ini bermakna kita sebagai manusia mestilah menjalankan apapun tindakan dan perbuatan dengan niat kerana Allah Taala. Ibadah sebenarnya berada dalam rangkuman yang besar. Ini kerana ia tidak terhad hanya kepada hubungan dengan Allah seperti solat, puasa, zakat, sedekah, haji, zikir, mengaji Al Quran dan sebagainya tetapi ia juga merangkumi hubungan dengan manusia, binatang dan sebagainya. Amalan dalam rangkuman Fardhu Ain juga Fardhu Kifayah.

Dalam hubungan dengan manusia, keutamaan selepas Rasullullah SAW ialah ibu dan kemudiannya bapa. Ini kerana Rasullullah SAW menzahirkan hukum Allah Taala dan kita akan dapat pahala sekiranya kita mengikut sunnah Rasullullah SAW dan mungkin akan dibangunkan bersama Baginda di akhirat kelak. Malah mungkin mendapat syafaat daripada Baginda untuk ke syurga. Rasullullah SAW sebenarnya adalah benchmark atau petanda aras bagi manusia supaya manusia berada dalam rangkuman akhlak dan amalan ibadah yang sama.

Ikon untuk bersih diri? Betul seperti andaian ini?

Oleh Haris Zalkapli

Media seperti blog, Facebook dan realiti (agak) baharu percampuran politik dengan budaya popular memberi peluang kepada ramai ahli politik memperbaiki imej yang tercalar.

Melalui blog dan Facebook, politikus boleh kelihatan lebih "normal" dan dengan cara ini, dapat berhubung dalam lebih daripada satu cara dengan pengundi.

Melalui permainan imej dalam media, imej yang mudah sampai dan biasanya dibaca secara mudah oleh orang ramai, politikus dapat memperbaiki imej.

Lelaki masuk penjara untuk elak cuaca sejuk

Sunday, January 10, 2010

MIDWEST CITY: Dua lelaki, Joe Baker, 44 dan Floyd Crawford, 75, mencari jalan mudah untuk mengelak cuaca sejuk dengan melakukan kesalahan kecil bagi membolehkan mereka dihukum penjara.

Baker berpuluh kali dijatuhi hukuman dan kini dipenjarakan di Oklahoma County atas kesalahan mencuri. Crawford pula keluar masuk penjara sebanyak 403 kali.

"Di penjara, mereka makan tiga kali sehari, diberi pakaian dan produk penjagaan diri. Mereka akan lakukan kesalahan lain sebaik dibebaskan, supaya dipenjarakan semula," kata pegawai yang menambah pihak berkuasa penjara membelanjakan AS$42 sehari (RM148.68) untuk setiap pesalah. - Agensi

Nenek semput disangka pelacur

NEW YORK: Seorang nenek yang ditahan atas syak wasangka anggota polis bahawa dia terbabit dalam pelacuran menyebabkan pihak berkuasa perbandaran terpaksa memberi pampasan kepadanya, menurut laporan, kelmarin.


Wanita itu dikenali sebagai Monica Gonzalez, 41, yang sudah berkahwin lebih satu dekad lalu dan tidak pernah dituduh terbabit dalam sebarang jenayah, lapor Daily News.

Tetapi, pada satu hari ketika berjalan melalui Sunset Park ke hospital kerana diserang asma ketika tengah malam, beliau dituduh mencari pelanggan dan ditahan.

(Gambar - hiasan tiada kaitan)

Polis Tembak Dua Lelaki Terlibat Kes Serangan Bom

NIBONG TEBAL: Polis menembak mati dua lelaki dipercayai suspek utama beberapa kejadian letupan bom di sekitar negeri ini, di ladang kelapa sawit berhampiran kubur Cina Tasek, Sungai Bakap dekat sini hari ini.



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kedua-dua lelaki berusia 52 tahun dan 30-an itu ditembak mati dalam insiden berbalas tembak dan cubaan membaling sebutir bom tangan ke arah polis kira-kira 4.45 petang.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui sepucuk pistol dan lima butir bom tangan dalam kereta yang dinaiki lelaki terbabit, termasuk sebutir bom yang sudah dicabut pin untuk dibaling ke arah polis," katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam ini.

Lelaki Mati Ditikam Selepas Disamun

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam beberapa kali di bahagian badan dan dadanya sebelum dompetnya dilarikan oleh seorang lelaki dipercayai warga Indonesia, di Jalan Nipah, Ampang di sini, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata Tan Chun Kee, 25, yang bekerja di sebuah bank mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan dikejarkan ke Hospital Pakar Gleanegles sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini.

Penghendap rakam gambar sendiri

Saturday, January 9, 2010

CHESIRE - Apabila seorang penghendap memasang sebuah kamera pengintip di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah untuk mengintai wanita menyalin pakaian, dia secara tidak sengaja telah merakam gambarnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.



Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, diburu polis Chesire setelah seorang pekerja pusat beli-belah berkenaan menemui kamera pengintip itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku di pusat beli-belah Asda di sini pada 19 Disember tahun lalu.

Kepala Ismail dituntut keluarga

Oleh RAIS YEOP JOHARI

SEREMBAN - Kepala Ismail Awang, 79, salah seorang mangsa kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh Selasa lalu dituntut oleh anak keenam mangsa, Md. Jefri, 25, di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam.


Kepala Ismail yang ditemui ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor itu dituntut oleh Md. Jefri selepas dia membuat pengecaman pada pukul 11 pagi di Bilik Mayat HTJ.

"Pada mulanya saya tidak dapat cam sama ada kepala itu adalah kepala arwah ayah atau tidak tetapi selepas beberapa kali melihatnya barulah saya yakin dan sah itu adalah kepala arwah ayah," kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ibu 7 anak bakar diri depan rumah

NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak bertindak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan kerana kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang dikatakan degil dan sering tidak pulang, di depan rumahnya di Jalan Hutan Lipur di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai terbakar 54 peratus dari dahi hingga pusat.

SP - Bila akal tidak boleh bertindak betul, orang lain jadi mangsa.

Empat bas musnah terbakar di Ipoh

IPOH: Empat bas musnah, membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, dipercayai akibat perbuatan khianat dalam satu kebakaran di stesen bas Medan Kidd di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar, berkata ia berlaku kira-kira 3.30 pagi ini.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada pemberita.

Komen pada artikel di Laman TKO

Semalam saya lulus satu artikel yang dipost oleh Korban (ahli TKO) bertajuk Faktor Penderian PAS Celaru. Artikel ini ditulis oleh Zulkiflee Abu Bakar wartawan kanan Utusan Malaysia. Setakat yang saya ingat sudah 2 artikel Zulkiflee telah saya lulus terbit di laman ini atas kategori Open Artikel (Artikel Terbuka)

Konsep Open Artikel ialah memberikan beberapa ruang dalam laman TKO kepada penulis bukan PAS, atau pembangkang dengan idea dan pandangan yang berbeza.

Tujuannya tidak lain, tidak bukan untuk menjadikan TKO satu medan perbincangan yang lebih mantap bukan berfahaman sempit tanpa hujah.

Terbabas hampir melanggar tiang elektrik dan penghadang jalan..

Jumaat, 8 Januari 2010 seperti biasa akan ke Rusila jika tiada apa program atau aktiviti parti. Kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bermula pukul 9.00 pagi. Saya sepatutnya bertolak paling lewat pun mesti 8.00 pagi. Jarak Dungun dengan Rusila kira-kira 65 km.

Tapi biasanya saya bertolak lebih daripada pukul 8.00 pagi.. antara faktornya kerana mengemas kini laman TKO.


9.15 pagi berada di Kelulut. Berhenti sebentar untuk sarapan pagi makan 'laksan'. Laksan di kedai Abdul Rahman Muda memang special. Kuah santannya mentah dengan ikan yang digunakan adalah ikan panggang membuatkan saya rasa inilah laksan paling best... Harganya RM1.50 jika makan di sini. Jika bungkus harga hanya RM1.00.. ini buat saya terfikir, basuh pinggan "samah" (50 sen)

Allah Untuk Semua!

Friday, January 8, 2010


Dzulkefly Ahmad


Saya amat insaf isu penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Katolik Kristian di negara ini bakal menimbulkan pelbagai reaksi buruk seandainya penganut Islam dan penganut agama lain khususnya Kristian gagal mengawal emosi dan tidak faham isunya yang sebenar.

Perasan tersebut menghantui penulis, selaku ahli Lujnah Politik PAS Pusat ketika melangkah masuk ke dewan mesyuarat, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada malam Isnin, 4 Januari 2010. Silap haribulan, dalam PAS pun boleh berlaku kebrentakan.

Bermain di minda penulis adalah kesan impak dan senario, akan akibat keputusan yang bakal diambil. Berlatarbelakangkan demografi negara atau kependudukan dan pengundi yang bersifat 60-40 atau "Mixed", kesan "senjata dua mata" atau "double-edged sword" ini tidak dapat dielakkan. Sementara ada yang suka dan menyokong, tentunya ada yang akan kecewa dan marah. Itu cabaran politik plural yang mesti didepani.

Khalid: Jangan lama macam kes enjin TUDM

Abdul Rahim Sabri
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berharap siasatan lembaga disiplin PAS terhadapnya tidak mengambil masa sepanjang kes kecurian enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

"(Harap jangan) sama lama macam kes enjin jet hilang," katanya berseloroh.

Enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Enjin F-5E: AG jangan buat lawak antarabangsa

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta agar Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail tidak membuat lawak antarabangsa dalam kes kehilangan dua unit enjin Jet Pemintas F-5E milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang bernilai RM 100 juta.

PAS melihat, pendakwaan dua orang tertuduh melibatkan anggota TUDM, Sarjan N. Tharmendran dan Pengarah Syarikat K. Rajandran Prasad sebagai melepaskan batuk ditangga dan tidak serius.

PAS yakin bahawa ada lagi pihak-pihak lain yang terlibat tetapi tidak didakwa. Kes ini melibatkan kehilangan dua unit enjin Jet yang besar bukannya kehilangan dua biji telur ayam atau gula-gula Hacks.

24 NGO Pahang serah memo pada PM: PAS di mana dalam keadaan ini?

Sunday, January 3, 2010

Sekumpulan 24 badan bukan kerajaan (NGO) Pahang menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly.

Mereka menyerahkan memorandum tersebut sebelum Najib Najib mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan hari ini.

Menurut jurucakap NGO berkenaan, Amidi Abdul Manan yang juga timbalan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), KDN perlu memfailkan rayuan secepat mungkin bagi menghilangkan keresahan umat Islam di negara ini.

Ulama & Umat Islam: Tiada lagi keserasian?

Saturday, January 2, 2010

Mesir mahu halang kegiatan penyeludupan di sempadan Gaza

KAHERAH: Majlis ulama Mesir menyokong rancangan kerajaan membina halangan besi bawah tanah di sepanjang sempadan negara itu dengan Gaza bagi membendung pembinaan terowong oleh penye-ludup.

Majlis Penyelidikan Islam Universiti Al-Azhar berkata pembinaan terowong oleh penduduk Gaza untuk menyeludup pelbagai barangan termasuk dadah mengancam keselamatan Mesir, lapor akhbar tempatan Al-Masri Al-Yawm semalam.

Maruah & Keselamatan: Mana pilihan?

Seorang wanita berumur 20 tahun bercangkung di hujung tempat penghadang sampah yang lebarnya kira-kira 20 sentimeter di luar tingkat hotel selepas tersekat dalam cubaan melarikan diri selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu hotel penginapanya dalam Operasi Insaf 2010 semalam.

Seramai 58 orang dicekup dalam operasi berkenaan bermula pukul 6 hingga 9 pagi itu. Operasi yang membabitkan 30 pegawai dan anggota JAIP bersama 60 ahli sukarelawan Briged Cegah Mungkar menumpukan pada kesalahan bersekedudukan di 20 buah hotel bajet dan rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Jang, Jalan Besar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Stadium. --foto THE STAR

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives