Followers

Dua tuduhan rasuah: Bekas Exco Perak tetap ke penjara

Thursday, January 21, 2010

PUTRAJAYA 21 Jan. – Bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Azman Mahalan akan menjalani hukuman penjara dua tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan semula sabitan terhadap salah satu daripada dua tuduhan rasuah.

Panel tiga anggota hakim yang diketuai Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan rayuan pendakwa untuk menyabitkan Azman, 68, yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Tapah, atas tuduhan pertama memberi suapan RM2,000 kepada seorang kontraktor, Mohd Kamal Rabaii.


Suapan itu adalah sebagai dorongan tidak menerima tawaran penyelesaian daripada Pazli Abdullah Sani supaya, Pazli yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, kekal muflis dan tidak layak bertanding untuk menentang Azman bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 22 April 2001. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives