Followers

Terbabas hampir melanggar tiang elektrik dan penghadang jalan..

Saturday, January 9, 2010

Jumaat, 8 Januari 2010 seperti biasa akan ke Rusila jika tiada apa program atau aktiviti parti. Kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bermula pukul 9.00 pagi. Saya sepatutnya bertolak paling lewat pun mesti 8.00 pagi. Jarak Dungun dengan Rusila kira-kira 65 km.

Tapi biasanya saya bertolak lebih daripada pukul 8.00 pagi.. antara faktornya kerana mengemas kini laman TKO.


9.15 pagi berada di Kelulut. Berhenti sebentar untuk sarapan pagi makan 'laksan'. Laksan di kedai Abdul Rahman Muda memang special. Kuah santannya mentah dengan ikan yang digunakan adalah ikan panggang membuatkan saya rasa inilah laksan paling best... Harganya RM1.50 jika makan di sini. Jika bungkus harga hanya RM1.00.. ini buat saya terfikir, basuh pinggan "samah" (50 sen)

Oleh kerana dah lewat untuk kuliah, saya terus ke Kuala Terengganu. Di persimpangan Chendering saya memandu santai dengan sebalh tangan tiba-tiba kereta terbabas melencong ke sebelah kiri jalan hampir terlanggar dengan tiang elektrik. Lencongan ini rupanya saya terlanggar tompak air menyebabkan kereta tak grid.. Saya terkejut terus membalas strearing, kereta berpusing terus melencong pula ke sebelah kanan hampir terlanggar pembahagi jalan, saya membalas lagi... alhamdulillah kereta mula stabil dan saya memandu dalam keadaan masih "berdebar" (panik). Kalau tidak macam YB Nizar juga saya..

Ini mengenangkan saya hampir berlanggar dengan lembu 12 tahun lalu semasa saya menunggang Yamaha SS memotong lori tiba-tiba lembu melintas, tak sempat elak terus masuk celah lembu tanpa berlanggar. Panik masa itu terus berhenti nak minum di Kedai Abdul Rahman Muda (Kedai Laksan tadi)..

Tahun yang sama saya dengan Yahama SS terlambung akibat brek mengejut elak kereta sehingga saya terheret 100 meter. Nasib baik punggung saya berada di atas motor. Jaket saya koyak, kasut clark memang lasak menyelamat kaki saya, seluar koyak. Motor rosak teruk terpaksa bawa balik dengan lori.. Saya hanya calar biasa aje... Kejadian ini berlaku betul-betul di kawasan rumah Mona Affendi..

Di Kuala Terengganu, saya cari blazer. Sekarang kena pakai blazer, boss baru nak smart semacam aje... Tiba-tiba webmaster Terengganukini telefon tanya datang tak ke Rusila. Saya jawab datang, nanti saya ke sana. Dia minta saya buat poster. Saya kata saya datang tak bawa notebook pasal notebook saya beri pinjam kepada seorang kawan.. Dia kata di sini ada 13 notebook.. (gurau..)

11.30 pagi saya ke Rusila dan masuk ke bilik IT di sebelah masjid, melihat satu notebook. Cantik! Notebook Ayah Chik (Tuan Guru Haji Abdul Hadi). Saya buka dan tanya password.. Bukan Arabic.. dalam hati saya.. Ini yang disebut ada 13 notebook agaknya!

Dulu saya pernah bersama melihat Pegawai IT PAS Pusat membaiki notebook Ayah Chik yang rosak ditinggalnya di Taman Melewar. Banyak juga notebook Ayah Chik!

Saya tanya ada tak Photoshop? Nak buat poster mesti ada photoshop sekurang CS3, saya tak suka CS2.. kalau ada CS4 lagi baik. Mouse juga mesti ada.. Members saya yang jadi pensyarah tu kata, tak payah guna mouse pakai aje touchpad.. Sorrylah saya tak boleh.. Ada seorang members lain dia melukis menggunakan photoshop hanya guna touchpad aje..


Mereka tinggal saya di Bilik IT pasal nak ke Masjid Pengandang Baru mengikut Ayah Chik ke sana pasal minggu ini Ayah Chik baca khutbah di sana. Di Masjid Rusila akan di Khutbah oleh Ustaz Kholil anak Ayah Chik.

3.00 petang, selepas solat Jumaat saya telah siapkan 3 poster dalam 3 format psd, jpg dan pdf. Buat dalam serba kekurangan guna PC live webtv2 yang tak ada banyak font. Koleksi gambar tak ada, sekadar cari mana yang terdapat di internet.

Perut mula lapar, saya ke simpang Chendering untuk cari makanan untuk alas perut. Kedai Mak Siti dah habis makanan.. kebuluran saya hari ini.. beberapa kedai makan pun tak ada makanan. Saya pergi tempat saya terbabas tadi. Air dah tak ada... tapi ambil juga gambar. Rupanya di situ ada beberapa kereta terbabas macam saya..


Saya terus balik ke Dungun. Sampai di Kelulut saya singgah di Kedai Roti Tempayan. Makan roti tempayan laut kambing. RM4.50 dengan airnya sekali. Karinya tak guna santan.. dalam hati tadi dah makan santan (laksan) jadi tak apa tak ada santan. Kedai ini adalah sepupu kepada kedai Roti Tempayan di Dungun yang terkenal..


Sudah kenyang balik ke Dungun... Belum sempat ada sekatan jalan raya. Sampai jem.. hampir 1 km.



Sampai ke rumah melintasi surau.. orang sibuk sedang masak "sura" (Bubur Asyura). Malam ini makan sura pulaklah saya... Gambar sura tak sempat ambil..

Songkok Putih
Webmaster
TranungKite Online

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives