Followers

Ikon untuk bersih diri? Betul seperti andaian ini?

Tuesday, January 12, 2010

Oleh Haris Zalkapli

Media seperti blog, Facebook dan realiti (agak) baharu percampuran politik dengan budaya popular memberi peluang kepada ramai ahli politik memperbaiki imej yang tercalar.

Melalui blog dan Facebook, politikus boleh kelihatan lebih "normal" dan dengan cara ini, dapat berhubung dalam lebih daripada satu cara dengan pengundi.

Melalui permainan imej dalam media, imej yang mudah sampai dan biasanya dibaca secara mudah oleh orang ramai, politikus dapat memperbaiki imej.



Satu masa dulu, di California, Amerika Syarikat, Arnold Scwarzenegger muncul dalam rancangan Oprah, ketika beliau diserang berhubung isu skandal seks.

Schwarzenegger muncul bersama isterinya, memberi mesej hubungan keluarga yang (masih) baik, imej family man dan sebagainya yang positif.

Saya menulis isu ini pada 2003, semasa kempen Schwarzenegger sedang berlangsung: "Kemunculan ini sangat signifikan. Ia tidak dapat tidak akan memperlihatkan sokongan kaum wanita terhadap Schwarzenegger, yang ketika itu berdepan tuduhan-tuduhan mencabul wanita.

"Dengan muncul dalam Oprah, rancangan yang 'memperjuangkan wanita,' Schwarzenegger seolah-olah telah dimaafkan oleh semua wanita. Satu isu penting yang menggugat kempen ikon popular ini telah berjaya diatasi dengan bantuan Oprah."

Di negara kita, Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi satu fokus dalam isu ini, secara efektif membawa imej bersih by association kepada ahli politik dan figur popular dilanda masalah berkaitan moral.

Penyanyi rock Amy telah mendapat tempias ini apabila gambarnya muncul bersama Nik Abdul Aziz.

Tidak lama selepas Elizabeth Wong dilanda kes gambar bogel, beliau muncul menemui Nik Abdul Aziz, dengan pakaian yang membawa imej bersih.

Baru-baru ini, Kartika Sari Dewi Sukharno pula bertemu Nik Abdul Aziz, ketika kontroversi hukuman sebatnya masih belum reda.

Tetapi, untuk masalah yang lebih besar, seperti melibatkan kes mahkamah, autoriti agama yang lebih besar diperlukan, seperti Yusuf al-Qardawi.

....
http://politikpop.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives