Followers

Lelaki ditemui mati dikelar di perut

Tuesday, January 12, 2010

KUALA LUMPUR 12 Jan. — Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di perut ditemui di celah batu oleh orang awam yang lalu-lalang di atas jambatan Sungai Batu berhampiran sebuah pondok rehat di Jalan Ipoh di sini hari ini.


Mayat Gurmeeth Singh a/l Suret Singh, 23, ditemui tersepit di celah batu berhampiran pondok rehat sebuah tokong di Jalan Mangga, Kampung Kasippilay di sini kira-kira pukul 7.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mangsa dipercayai mati akibat dikelar di perut dengan menggunakan sebilah sabit berdasarkan penemuan sarung senjata itu kira-kira 10 meter dari mayat mangsa.


"Siasatan awal mendapati terdapat pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa dibunuh. Motif pembunuhan bukan kerana samun kerana dompet dan wang tunai milik mangsa masih terdapat pada mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa dipercayai dibunuh 12 jam yang lalu dan polis turut menemui sebuah motosikal, beg sandang dan jaket dipercayai milik mangsa.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

(Gambar hisasan semata-mata)

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives