Followers

Lelaki Mati Ditikam Selepas Disamun

Sunday, January 10, 2010

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam beberapa kali di bahagian badan dan dadanya sebelum dompetnya dilarikan oleh seorang lelaki dipercayai warga Indonesia, di Jalan Nipah, Ampang di sini, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata Tan Chun Kee, 25, yang bekerja di sebuah bank mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan dikejarkan ke Hospital Pakar Gleanegles sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7 malam semasa Tan yang sedang dalam perjalanan dari stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek menuju ke tempat kerja abangnya melalui sebuah lorong yang sunyi di kawasan itu.

Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi di sini beliau berkata semasa melalui lorong itu, Tan yang tinggal di Taman Sri Gombak, diserang oleh seorang lelaki sebelum beg sandangnya dilarikan.

Katanya selepas diserang Tan sempat menghubungi abangnya yang berada kira-kira 200 meter dari tempat kejadian menggunakan telefon bimbitnya.

"Abang kepada Tan yang berumur 28 tahun tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian dan mendapati adiknya terbaring berlumuran darah, dan beliau terus membawa Tan ke Hospital Gleneagles Intan untuk rawatan.

Abdul Rahim berkata keadaan Tan yang parah menyebabkan dia terpaksa dipindahkan ke HKL kira-kira pukul 10 malam, sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati Tan ditikam menggunakan objek tajam namun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian, dan beliau seterusnya meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan bagi membantu polis siasatan. -BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives