Followers

Ulama & Umat Islam: Tiada lagi keserasian?

Saturday, January 2, 2010

Mesir mahu halang kegiatan penyeludupan di sempadan Gaza

KAHERAH: Majlis ulama Mesir menyokong rancangan kerajaan membina halangan besi bawah tanah di sepanjang sempadan negara itu dengan Gaza bagi membendung pembinaan terowong oleh penye-ludup.

Majlis Penyelidikan Islam Universiti Al-Azhar berkata pembinaan terowong oleh penduduk Gaza untuk menyeludup pelbagai barangan termasuk dadah mengancam keselamatan Mesir, lapor akhbar tempatan Al-Masri Al-Yawm semalam.


"Ia menjadi hak Mesir untuk membina halangan bagi menghapuskan sebarang ancaman yang boleh dibawa oleh pengguna terowong berkenaan yang dibina di bawah Rafah.

"Pengguna terowong berkenaan antara lain menyeludup dadah dan barangan larangan yang boleh mengancam kestabilan Mesir," akhbar itu memetik majlis ulama berkenaan sebagai berkata.

"Siapa yang membantah pembinaan halangan besi itu melanggar perintah undang-undang Islam," kata majlis itu selepas mengadakan mesyuarat yang turut dihadiri Syeikh Al-Azhar, Mohammed Said Tantawi yang dilantik kerajaan.

Tindakan Kaherah membina halangan besi bawah tanah itu mendapat kecaman daripada Hamas yang mentadbir wilayah Palestin berkenaan.

Penduduk Gaza bergantung kepada terowong yang dibina sepanjang sempadan bagi membawa masuk makanan dan bahan api ke wilayah Palestin itu yang dikenakan sekatan keseluruhannya oleh Israel.

Israel menyekat kemasukan semua barang kecuali barang keperluan asas yang terhad ke dalam Gaza sejak Hamas mengambil alih pentadbiran wilayah berkenaan selepas mengusir kerajaan Presiden Palestin, Mahmud Abbas. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives