Followers

Takziah, Logo Header TKO & Serangan kepada Presiden

Thursday, March 18, 2010

Saya mewakili warga kerja TKO dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mengucap takziah atas pemergian ibu CyberShot, Penasihat Laman ini petang semalam 16 Mac 2010, sekitar jam 5.08 petang.

Semoga Allah memberkatinya dan kami doakan rahmah dan sejahtera ke atas roh beliau.

Lama tak mengisi kekosongan topik Bicara Webmaster atas urusan yang tiada kesudahan...

Satu kesempatan yang ada, saya menukar logo header TKO kepada gambar yang ada sekarang dengan memaparkan gambar Presiden PAS.

Tak lama kemudian ada komen mengenai header itu, saya menerima beberapa e-mel berkaitan dengan logo.

Saya menjadi keliru dan pelik ada ahli PAS merasai tak sesuai gambar itu. Katanya tidak menunjukkan sikap keterbukaan.

TKO adalah laman milik penuh Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun. Parti DPP Kawasan Dungun ialah parti PAS. Presidennya Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Keliru dan pelik jika ada ahli PAS mengatakan letak gambar ini, gambar Presidennya sendiri tidak terbuka, berat sebelah. Ahli PAS makin tidak siuman rasanya.. Apakah perlu saya menukar kepada gambar tukang sapu di pejabat agung PAS barulah nampak terbuka?

Anda boleh fikir dan jawab.

Saya meluluskan artikel yang dihantar. Artikel ini diambil daripada sumber Malaysiakini.com satu sumber berita internet. Saya teliti dan baca artikel ini, saya rasa pelik dan keliru kerana artikel itu sudah lama atau boleh dianggap terlalu lama, 11 Julai 2008.

Kenapa dia dihantar kepada kami untuk disiar. Untuk mengetahui kenapa, saya meluluskan artikel berkenaan sekurang-kurang hajat orang hantar tercapai.

(Catatan: Artikel berkenaan adalah http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3250  dan artikel asal di malaysia kini adalah http://www.malaysiakini.com/news/85968)

Saya keliru dan pelik kenapa perlu menghina dan menjatuhkan Presiden sendiri. Apakah agenda ini baik untuk masa depan parti PAS. Bukan sahaja Presiden, Penasihat Presiden, Dr. Shamsuri juga kini menjadi sasaran baru.

Anda boleh fikir dan jawab.

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...