Followers

Jangan jadi pokok 'jantan'; pohonya rimbun buahnya tiada.

Sunday, August 22, 2010

Keadaan keharmonian rakyat dan negara sudah sampai kepada tahap yang terendah didalam sejarah negara kita sejak merdeka ini. Pemikiran rakyat sudah tidak tenteram kerana melihat dan mendengar bermacam-macam peristiwa yang sangat merunsingkan kita semua.


Setiap hari kita mendengar bayi yang baru lahir dicampak dan dibuang dimerata tempat seperti mebuang puntung rokok. Setengah dari bayi-bayi tersebut diletakkan dihadapan rumah orang dan dimasjid serta ditempat awam. Ini dilakukan oleh manusia yang kebanyakkannya adalah dari orang-orang Islam yang sudah terlalu jauh menyimpang dari undang-undang yang disyariatkan oleh Agama kita.

Bagaimana fenomena ini akan diatasi belum lagi dapat diketahui. Tetapi yang jelas kita akan pasti teringatkan bagaimana kekejaman dizaman jahiliah dahulu sedang berlaku dinegara kita.

Yang peleknya hanya dinegara kita fenomena buruk ini berlaku dengan banyaknya sedangkan negara kita merupakan negara Islam yang ramai pemimpin kita mengakui yang negara kita ini sebagai negara Islam contoh dan sebuah negara membangun yang dihormati masyarakat antarabangsa.

Sejak hampir seminggu yang lepas timbul pula angkara akhbar media perdana, Utusan Malaysia yang menjadikan berita yang dicanai oleh pihak yang berkuasa yang mengatakan Majlis Agama Islam P Pinang telah menyediakan teks khutbah yang mengandungi doa untuk Lim Guan Eng. Tuduhan ini amat memilukan hati banyak pihak kerana itu merupakan unsure fitnah yang tiada tolok bandingnya.

Tuduhan ini tidak lari dari politik sempit untuk mendapatkan kuasa politik dinegeri itu. Kita tidak pernah terfikir yang politik boleh sampai ketahap ini. Tidak pernah disangka oleh kita yang melakukan ini adalah media massa yang dikuasai oleh orang Islam dan berlakunya pula dibulan Ramadhan yang suci ini.

Tidak ada siapa yang percaya Majlis Agama Negeri P Pinang berkesangguppan melakukan perkara itu. Tidak munasabah orang-orang yang ada Agama didalam Majlis Agama negeri akan melakukan perkara itu walau sekuat mana pun iltizam politik untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan.

Kita selalu mengingatkan UMNO supaya mendapatkan sokongan melalui kerja baik yang disukai rakyat, tanpa rasuah dan mencuri harta dan khazanah rakyat. Tetapi nasihat rakyat tidak dipandang serius malah melakukan kerja buruk itu tanpa segan silu. UMNO dan BN mesti sedar yang penolakkan rakyat bukan kerana suka-suka untuk menolaknya. Mereka menolak BN bersebab.

Apabila ada kritikkan kepada UMNO, penyokongnya akan menjadi marah kerana kononya melupakan jasa UMNO selama ini membangunkan negara dan berbagai lagi.

Rakyat bertanya kepada mereka yang berfikiran begini; adakah menjadi tugas sebagai ahli parti atau rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO semata-mata kerana jasanya yang banyak dimasa lampau walaupun sekarang parti itu telah menyelewengkan harta benda rakyat?

Oleh kerana UMNO telah memberikan perkhidmatan yang baik semasa dahulu, adakah berdosa bagi kita untuk menolaknya jika parti itu melakukan kerja-kerja sumbang sekarang ini?

Bukankah sudah menjadi perkara asas demokrasi untuk memilih yang baik dan menolak yang mungkar. Dalam sejarah perkembangan Agama dan ketuhanan bukankah banyak wali dan aulia tuhan telah diturunkan taraf mereka kepada manusia awam kerana sudah terlalu takbur dengan status mereka sebagai seorang aulia.

Ramai yang telah melakukan ibadah dan amal yang begitu banyak sepanjang hidupnya telah merasakan diri mereka lebih bersih dari manusia yang lain telah dimurkai Tuhan.

Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata, “seandainya Tuhan memasukkan semua manusia dari Adam sampailah kepada manusia terakhir sebelum kiamat kedalam syurga, kecuali seorang, amatlah aku khuatiri yang seorang itu adalah aku.”

Sebagai seorang rakyat yang boleh dianggap sebagai seorang warga emas, saya nampak segala niat baik dan buruk jika manusia itu adalah manusia politik. Selalu saya berkata yang sebagi seorang yang sudah sampai keumur sekarang ini, kita akan tahu sekilas ikan diair kita akan tahu jantan betinanya. Dalam umur peringkat ini kita sudah boleh menyelam air didalam tunggak. Oleh itu amatlah mengecewakan jika kita nampak politik itu adalah segala-galanya.

Oleh kerana sudah terlalu biasa dengan kuasa, UMNO sudah melewati batas-batas dan lunas Agama dan adapt serta adab. Parti ini merasakan yang mereka boleh berbuat apa sahaja kerana sudah banyak membuat jasa. Oleh kerana jasanya banyak maka parti itu boleh berbuat apa sahaja walaupun perbuatan mungkar.

UMNO mengambil segala-galanya ‘for granted’. Pemikiran jumud mereka membuatkan mereka bersikap. ‘aku banyak jasa, oleh itu sekarang kamu mesti mengikut telunjuk aku. Aku berhak diatas segala-galanya”.

Kepada mereka yang tahu sikit-sikit tentang tanggunjawab sebagai manusia yang berTuhan akan secara cepat memahami yang kata-kat atau pemikiran itu adalah kata-kata yang di bisikkan oleh bisikkan ‘khatir’ yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita.

Janganlah kita gunakan kuasa pinjaman itu secara sombong seperti bergaya sombong memandu kereta mewah yang dipinjam dari pihak lain. Kita ikutlah resmi padi, ‘lagi berisi lagi kita tunduk’.

Jangan kita jadi pokok rambutan ‘jantan’, rimbun pokoknya buahnya tiada.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...