Followers

Pelancaran Agihan Borang Tanah Felda Plantation Seri Iskandar Bota Perak

Saturday, August 27, 2011

Bota- Masyarakat orang asal Kg. Gedong Batu, Kg. Tumboh Hangat dan Kg. Benut, menyambut baik tindakan Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat di dalam memberikan penerangan di Kg. Suak Padi, Seri Iskandar. Bota, Perak, berkaitan,kepentingan tanah untuk kehidupan kaum orang asal pada era pembangunan dan kemodenan yang terus berlaku pada masa kini.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat,Sdr Mazlan Aliman, menjelaskan bahawa kaum orang asal akan mengalami masalah sekiranya kaum mereka tidak mempunyai pemilikan geran keatas tanah yang diduduki.


Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan Untuk Semua : Tawaran PAS

Wednesday, August 24, 2011

Parti Islam Se-Malaysia melalui Lajnah Penerangan dan Dakwah akan menganjurkan Konvensyen Negara Berkebajikan pada 10hb September 2011 depan di Dewan Ustaz Fadhil Noor KUIZM, Taman Melewar. Konvensyen tersebut diadakan bertujuan menghurai dan memberi kefahaman kepada seluruh kepimpinan parti mengenai Konsep Asas Negara Berkebajikan sebagaimana Ucapan Dasar Presiden tahun ini Menuju Negara Berkebajikan.

Konvensyen juga akan merumuskan sebuah rangka gerak kerja bagi melaksanakan ucapan dasar Presiden. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang akan membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaputamanya, beberapa tokoh politik dan NGO akan turut memberi ulasan ucaputama Presiden, antaranya Dr. Mohd Noor Manuty (Ketua Penerangan PKR), YB Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP Pusat) dan Tuan Hj Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS).


Jawatankuasa Khas Parlimen Hanya Retorik Untuk Bn Terus Berkuasa

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bertegas tidak akan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen yang dibentuk kerajaan kerana ia sekadar gimik politik Perdana Menteri semata-mata. Bagi DPPM penubuhan jawatankuasa Khas Parlimen yang tidak tertakluk dengan tarikh pilihanraya umum ke 13 tidak akan membawa apa-apa makna terhadap sistem pilihanraya yang sedang dibualkan sekarang.

DPPM mahukan kerajaan konsisten terhadap semua 8 tuntutan BERSIH dan tidak bersikap retorik dalam menghadapi kemarahan rakyat. Jika pilihanraya umum dilangsungkan dalam keadaan Jawatankuasa Khas Parlimen tidak sempat membuat apa-apa resolusi, apakah maknanya penubuhan jawatankuasa ini? Ini lebih membawa maksud penghinaan terhadap Parlimen itu sendiri.


Apa Pula Pendirian Umno-MCA Dalam Isu Jais?

Monday, August 22, 2011

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Dalam keseronokan Umno menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) walaupun PAS telah menyatakan pendirian tegasnya dalam mempertahankan aqidah umat Islam, rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.

Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik Umno, MCA – parti yang disokong Umno untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang dipetik Harian Metro telah secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan.


Nik Aziz sifatkan Zahrain 'sampah'

Thursday, August 4, 2011

KOTA BHARU 3 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai 'sampah' kerana mengaitkannya dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.

Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya.

''Dia orang yang melompat parti, orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Zahrain semalam menegaskan pertemuan antara Nik Abdul Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.


Tidak timbul Ku Li ganti Anwar - Mohd. Amar

Tuesday, August 2, 2011

KOTA BHARU 1 Ogos - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, tidak timbul isu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Beliau berkata, perkara tersebut tidak pernah dibincang atau diputuskan dalam mesyuarat yang membabitkan pemimpin pakatan pembangkang.

"Setakat yang saya tahu pakatan tidak pernah bincang isu ini, bagi saya tidak pernah bangkit, saya anggap perkara ini hanya dalam surat khabar, Zahrain yang timbul kemudian diulas oleh pihak tertentu.


Nik Aziz sifatkan dakwaan sebagai lawak

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu "lawak jenaka".

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang menghairankan apabila ada akhbar yang membuat cerita bahawa cadangan itu timbul kerana Anwar dijangka dipenjarakan kerana kes liwat yang sedang dibicarakan.


Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...