Followers

Apa Pula Pendirian Umno-MCA Dalam Isu Jais?

Monday, August 22, 2011

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Dalam keseronokan Umno menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) walaupun PAS telah menyatakan pendirian tegasnya dalam mempertahankan aqidah umat Islam, rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.

Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik Umno, MCA – parti yang disokong Umno untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang dipetik Harian Metro telah secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan.


Dr Chua turut dipetik sebagai berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu. “Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya,” tambahnya lagi.
Selain itu, Naib presiden MCA, Gan Ping Sieu pula berkata, tindakan para pegawai Jais itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan. Jadi, apakah pendirian rasmi Umno Barisan Nasional dalam isu ini? Satu belah, Umno menuduh PAS tidak menjaga aqidah umat Islam, rakan baiknya MCA pula menuduh PAS untuk perkara sebaliknya.

Sejak penubuhan PAS, rata-rata umat Islam tahu parti sentiasa berpendirian dengan tegas bagi mempertahankan aqidah umat Islam, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti sehinggakan hari ini Umno and MCA masih menakutkan umat Islam dan bukan Islam bahawa kita satu parti yang ekstemis dalam mempertahankan aqidah umat Islam – tak boleh judi, tak suka arak, membanteras murtad dan sebagainya.

Disebabkan ketegasan PAS dalam isu membanteras murtad, PAS mengesa agar Jais agar mengambil tindakan segera sekiranya cukup bukti selaras dengan peruntukan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh kerajaan Selangor untuk mendakwa mereka yang bersalah di mahkamah. Disebabkan kekurangan maklumat, dan juga first-hand news, PAS turut mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan kedua-dua pihak, Jais dan GMDU, tapi malang, kedua-duanya memilih untuk menangguhkan perjumpaan. Akan tetapi, pada masa yang masa, bukti-bukti Jais pula mula terledak di Internet walaupun ia sepatutnya rahsia sehingga pendakwaan dibuat di mahkamah.

Bahkan, lidah rasmi kami Harakahdaily sudahpun melaporkan bahawa terdapat percanggahan antara apa yang dinyatakan oleh pegawai gereja GMDU bahawa majlis makan malam anjuran Harapan Komuniti tidak mempunyai kaitan dengan agama dengan bukti video Jais ketika menyiasat di majlis makan malam GMDU yang kini hangat yang kini hangat dipertontonkan di internet.

Kini PAS, ada dua persoalan – mengapa Jais masih berlengah-lengah untuk bertindak, dan juga kesenyapsunyian gereja mengenai percanggahan kenyataan pihak gereja dengan video penyiasatan Jais yang kini tersebar luas – namun keduanya tidak mempunyai jawapan sehingga ini PAS masih tidak dapat bertemu dengan kedua-dua pihak.

Walaupun telah membuat pendirian tegas dalam isu Jais ini dan juga menunjukkan keadilan dalam Islam sebenar dalam mencari penyelesaian adil dalam isu ini, namun media pro Umno sehingga hari ini masih mendesak PAS untuk menyatakan pendirian.

Sebaliknya, rakyat masih sehingga hari ini tak tahu apa pula pendirian BN, khususnya Umno dan MCA dalam isu ini selain sibuk menyerang PAS? Ada sesiapa dari seberang sana boleh menjawab?

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...