Followers

Tidak timbul Ku Li ganti Anwar - Mohd. Amar

Tuesday, August 2, 2011

KOTA BHARU 1 Ogos - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, tidak timbul isu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Beliau berkata, perkara tersebut tidak pernah dibincang atau diputuskan dalam mesyuarat yang membabitkan pemimpin pakatan pembangkang.

"Setakat yang saya tahu pakatan tidak pernah bincang isu ini, bagi saya tidak pernah bangkit, saya anggap perkara ini hanya dalam surat khabar, Zahrain yang timbul kemudian diulas oleh pihak tertentu.


"Kita ada Majlis Presiden, semua pimpinan parti ada pertemuan dan perbincangan di situ dasar diluluskan termasuk dalam perkara seperti ini, masa itu akan buat keputusan siapa yang layak memimpin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...