Followers

Demokrasi-Bila Malaysia Mahu Berubah

Monday, October 24, 2011

Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat (LPTWPP) yang mana di dalam rangka Lawatan Kerja ke UK/Holland telah dihidangkan dengan suasana demokrasi dalam erti kata yang sebenar apabila melihat sendiri bagaimana satu demokrasi aman berlangsung dihadapan Pejabat Perdana Menteri Britian, David Cameron di Downing Street.


Perhimpunan aman yang menentang kekerasan dan kekejaman Negara China keatas penduduk Tibet yang kebanyakkannya disertai oleh wakil penduduk tempatan Tibet. Bagaimanapun warga tempatan London yang prihatin dilihat turut menyertai perarakan sejauh 3 KM sebelum mereka berkumpul di seberang jalan menghadap pejabat Perdana Menteri Britian Downing Street.

Mereka melaungkan slogan serta kata-kata semangat menggunakan pembesar suara. Mereka juga mengedarkan risalah berkaitan isu tersebut. Pihak polis dilihat mengawal suasana perhimpunan dan rata-rata penunjuk perasaan bertindak mengikut arahan pihak berkuasa. Suasana himpunan berlangsung dalam keadaan aman.

Ini berlainan dengan situasi dengan negara kita. Pihak berkuasa bertindak kejam dalam menghadapi perhimpunan aman. Modus Operandi mereka dalam menyuraikan himpunan seolah-olah mereka berhadapan dengan musuh yang ‘bersenjata berat’. Lihat sahaja bagaimana mereka bertindak di dalam kes BERSIH 2.0. Parlimen juga mengesahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah 2 juta wang rakyat. Bukankah ini satu pembaziran sedangkan jikalau Malaysia benar-benar memahami erti demokrasi yang sebenar.


Malaysia harus belajar daripada negara yang menjadi rujukan mereka dalam membentuk undang-undang yang menjadi ‘kiblat’ mereka sejak merdeka. Kalau mengikutkan ‘method’yang ditunjukkan sebagai mana yang dicontohkan oleh pihak berkuasa UK, sudah pasti dapat menjimatkan kos. Barangkali tidak memerlukan kos sama sekali memandangkan berhimpun secara aman ada termaktud didalam undang-undang.


LPTWPP berharap agar dapat Kerajaan UMNO/BN mencontohi apa yang berlaku di UK. Janganlah jadikan pihak berkuasa ‘perkakas’ peribadi demi kepentingan ‘survival’ politik mereka yang semakin ‘pupus’ dan pihak berkuasa juga harus mencontohi apa yang berlaku supaya pihak berkuasa lebih berintegriti dan dipandang mulia disisi masyarakat.


Disediakan dari UK;


Sdr.Mazlan Aliman

Pengerusi

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...