KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu berkemungkinan tidak akan mengikut tema yang ditetapkan Kerajaan Pusat dalam program khusus Pas negeri jika pihak tersebut terus menggunakan tema 'Janji Ditepati' pada sambutan Hari Kebangsaan nanti.

Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata, tema tersebut dianggap sebagai kempen pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tidak sesuai digunakan pihak lain, khususnya di negeri Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu, Pas meminta agar menukar tema tersebut kepada yang lain kerana terlalu jelas memperlihatkan unsur politik yang tidak patut dicampuradukkan dengan sambutan hari bersejarah itu.