Followers

MB Azizan serah kedudukan kepada Pas Pusat

Thursday, September 6, 2012

Oleh ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR -
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau masih mampu menerajui pentadbiran negeri, namun sedia akur pada arahan Pusat sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan.

Katanya, sekiranya beliau tidak lagi layak menerajui Kedah, beliau sendiri akan menyerahkan jawatannya itu kepada calon yang sesuai.
“Saya serahkan kedudukan saya kepada Pas Pusat, namun buat masa ini, saya masih mampu terajui Kedah. Jika saya tidak lagi layak, saya akan serah jawatan ini pada orang lain,” katanya, ketika ditanya desas-desus yang mengaitkan masalah kesihatan beliau sebagai alasan pihak tertentu mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Besar.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kedudukannya ditentukan oleh ahli Pas dan Pusat, bukannya hak mutlak dirinya.

“Prinsip saya mudah, itu bukan hak saya, hak ahli Pas,” katanya.

Mengulas sama ada beliau akan mempertahan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum akan datang, Azizan berkata, perkara itu juga diserahkan kepada kebijaksanaan Pusat.

“Saya akan pertahan Dun Sungai Limau selagi mampu, jika bukan saya pertahan, ahli-ahli Pas lain akan pertahankan,” katanya, bersemangat.

Azizan juga menyerahkan kepada Pusat untuk menentukan sama ada beliau masih kekal sebagai calon PRU13 di Dun Sungai Limau.

“Saya ikut arahan Pusat, sama ada saya masih layak bertanding pada PRU akan datang atau sebaliknya. Yang penting sekarang saya sudah sihat dan mampu teruskan kerja seperti biasa,” katanya.

1 comments:

Anonymous said...

Lantik jer org lain..asyik2 nak berkelahi jer..muak dah

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...