Followers

Azizan nak baca surat khabar

Sunday, June 16, 2013

GEORGETOWN - Walaupun dalam keadaan menggunakan alat bantuan pernafasan, bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui perkembangan isu semasa.
 Bekas setiausaha politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejak empat hari lalu, Azizan sudah mula menunjukkan reaksi serta mahu mengetahui isu semasa dan dunia luar.

 "Baru-baru ini, ustaz ada meminta anaknya membaca akhbar Sinar Harian dan disusuli dengan beberapa akhbar lain yang disediakan oleh Hospital Pulau Pinang (HPP).

 "Beliau meminta anaknnya berbuat demikian kerana tangan Ustaz belum kuat untuk pegang surat khabar bagi tempoh yang lama," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 Menurutnya, Azizan masih menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan namun keadaannya semakin stabil.

Muhammad Sanusi berkata, Azizan juga meminta penerangan mengenai rawatan yang sudah dan akan dijalani di HPP.

 "Ustaz dilihat tenang dan redha dengan kehilangan kedua-dua belah kaki. Beliau sudah mula berkomunikasi dengan kebanyakan yang hadir cuma suaranya masih belum keluar kerana menggunakan tiub di lehernya," katanya.

 Azizan, 69, bekas pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
 Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.

 Pada PRU13 lalu, Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau dengan mengalahkan calon BN,  Mohd Fazillah Mohd Ali yang juga sepupunya dengan majoriti 2,774 undi. - SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...