Followers

Desakan Najib Berundur Sudah Bermula

Friday, June 14, 2013


Kecaman demi kecaman diterima oleh Datuk Seri Nazir Razak oleh NGO-NGO Melayu pro UMNO kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana mengkritik pendirian rasis akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia. Terkini, kecaman turut disertai oleh bekas menteri UMNO, Tan Sri Zainuddin Maidin. 

Siri kecaman ini dilihat seolah-olah 'pukul anak sindir menantu' di sebalik mempertahankan laporan Utusan Malaysia. Hakikatnya, kecaman ini ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib yang merupakan abang kepada Datuk Seri Nazir Razak. 

Umum mengetahui, Pilihanraya Umum 13 berlalu dengan meninggalkan kesan pedih yang amat mendalam kepada UMNO/BN. UMNO/BN bukan sahaja masih tidak berjaya memperolehi 2/3 majoriti tetapi juga mengalami kemerosotan undi popular. Ini ditambah lagi dengan kegagalan pembantu-pembantu politik Najib dalam memenangkan UMNO/BN. 

Namun di atas dasar 'demi menjaga keharmonian parti', para pemimpin UMNO/BN terpaksa menikuskan diri dari mendesak Najib berundur. Ibarat orang yang dipaksa makan julap tapi dihalang membuang air besar, begitulah hakikatnya para pemimpin UMNO/BN kini. DPPWP melihat alternatif kepada suara desakan ini dibuat adalah melalui NGO-NGO pro UMNO/BN. Merekalah yang menjadi pembesar-pembesar suara untuk tangan-tangan ghaib ini dalam meberi tekanan kepada Datuk Seri Najib. 

Seseorang perlu dijadikan sasaran. Maka, sasaran yang terdekat ialah Datuk Seri Nazir Razak! 

DPPWP juga yakin, semakin ramai para veteran UMNO/BN akan bangkit dan lantang mengecam Datuk Seri Nazir Razak sebagai tanda protes kepada Datuk Seri Najib. Walaupun bibir merah Najib mengukir senyuman sentiasa namun hakikatnya, tekanan yang diberikan kepada beliau untuk berundur adalah amat hebat. 

MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...