Followers

Kesihatan Presiden Pas: Rakam Penghargaan Kepada Semua

Sunday, June 1, 2014

Saya bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih khasnya kepada Kerajaan Negara Turki melalui Kedutaan Negara Turki di Kuala Lumpur dan juga Kerajaan Negara Malaysia khasnya melalui Kedutaan Negara Malaysia di Ankara yang berusaha membantu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menghadapi masalah kesihatan. Rombongan Presiden PAS yang dalam lawatan kerja ke Negara Turki terpaksa membawa Dato’ Seri Hadi ke Hospital Istanbul, Turki berikutan masalah kesihatan.


Dirakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak dan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut menggunakan ruangan diplomasi sama ada antara kerajaan dengan kerajaan ataupun hubungan politik antara parti dengan parti bagi memudahkan urusan Dato’ Seri Hadi yang kini menerima rawatan di sana. Untuk makluman rakyat Malaysia amnya, tahap kesihatan Dato’ Seri Hadi sudah semangkin baik dan beliau ditemani oleh Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sentiasa melaporkan tahap kesihatan Dato’ Seri Hadi kini.

Saya sekali lagi bagi pihak parti menghargai usaha semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung termasuk media massa di Malaysia ataupun di Turki yang melaporkan kesihatan Dato’ Seri Hadi. Kepada Kedutaan Turki di Kuala Lumpur yang turut mengikuti perkembangan kesihatan Dato’ Seri Hadi diucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh Kerajaan Negara Turki di sana. Kami mengharapkan rakyat Malaysia mengiringi doa buat Dato’ Seri Hadi agar diberikan kesihatan yang baik dan agar cepat pulih, bagi pihak parti kami amat menghargai usaha anda sekalian di dalam perkara ini.


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Penolong Setiausaha Agung,
Parti Islam SeMalaysia.


*Penolong Setiausaha Agung bahagian Diplomatik, Komunikasi Korporat, Pengurusan Maklumat dan Arkib



......
http://tkobloglist.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...