Followers

Nik Aziz tunggu penjelasan Kit Siang

Saturday, June 7, 2014

Oleh SAPINAH AB GHANI

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan hudud punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan daripada penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang akan menemuinya Sabtu depan.

Menurutnya, beliau tidak boleh mengulas isu berkenaan sebelum mendapatkan penjelasan mengenainya daripada Kit Siang.


“Kit Siang akan datang Sabtu ini, jadi kita tunggu hari itu. Saya tak boleh sebut (jawab) hari ini (semalam) kerana dia (Kit Siang) hendak datang Sabtu ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang Islam oleh Pas yang juga komponen dalam Pakatan Rakyat, sebagai faktor Dyana Sofya Mohd Daud tewas dalam PRK Teluk Intan hujung Mei lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sebelum ini menyangkal dakwaan tersebut dan menasihatkan DAP agar mengakui kesilapan sendiri dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.

Menurutnya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina menyebabkan berlaku undi protes dengan tidak mengundi DAP.

Keputusan PRK Teluk Intan menyaksikan Dyana Sofya tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 selepas memperoleh 19, 919 undi.

PRK Teluk Intan diadakan selepas kematian Seah Leong Peng (DAP) akibat barah 1 Mei lalu. - SH




......
http://tkobloglist.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...