Followers

Adun Mengingatkan Gaza Ketika Final Piala Dunia

Monday, July 14, 2014

GOMBAK, 14 Julai – Dalam kemeriahan dan keseronokan penonton perlawanan akhir Piala Dunia, Adun Gombak Setia, YB Ust Hasbullah Ridzwan mengingatkan kepada hadirin yang hadir supaya jangan dilupa saudara-saudara seIslam di Gaza Palestin yang dizalimi untuk sentiasa terus berdoa dan solat hajat.

Ucapan itu dinyatakan ketika berucap dalam Program Skrin Besar Final Piala Dunia 2014 antara Jerman dengan Argentina pagi tadi yang berkesudahan dengan kemenangan bergaya dari Jerman di hadapan Stesen Minyak Petron Sri Gombak.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak (DPPG) itu bermula pada pukul 2.00 pagi sehingga 6.30 pagi dengan pelbagai pengisian menarik.

Program bermula dengan tazkirah Palestin, Tayangan video, Solat hajat / Munajat Palestin, Pelancaran Tabung Palestin seterusnya menonton final Piala Dunia dan disusuli dengan ucapan dari YB, cabutan bertuah sebelum sahur secara percuma yang ditaja oleh Restoren Sri Ayu Sri Gombak dan berakhir dengan solat Subuh secara berjemaah.

Hampir 100 orang anak muda dan hadirin yang hadir bersama keluarga bersantai menonton tayangan skrin besar piala dunia itu sambil memakai baju pasukan yang disokong masing-masing. Kebanyakkan hadirin yang hadir gembira diatas penganjuran yang diadakan.

Sebanyak 50 hadiah cabutan bertuah disediakan dengan dihidangkan makanan ringan dan air minuman.

YB USTAZ HASBULLAH RIDZWAN
AHLI DEWAN NEGERI (ADN)
GOMBAK SETIA

......
http://tkobloglist.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...