Followers

Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia

Monday, July 14, 2014

Tiupan wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di Malaysia pagi tadi menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di Brazil. Ia juga memberi erti kemunculan juara dunia bola sepak bagi tempoh 4 tahun ini. Jerman buat kali keempat telah dinobatkan sebagai juara Piala Dunia 2014 menewaskan Argentina hasil jaringan tunggal Mario Gotze pada minit ke 113. Bagaikan perlawanan ulangan tahun 1986, kali ini yang bezanya ialah Jerman yang menang.

Adun Mengingatkan Gaza Ketika Final Piala Dunia

GOMBAK, 14 Julai – Dalam kemeriahan dan keseronokan penonton perlawanan akhir Piala Dunia, Adun Gombak Setia, YB Ust Hasbullah Ridzwan mengingatkan kepada hadirin yang hadir supaya jangan dilupa saudara-saudara seIslam di Gaza Palestin yang dizalimi untuk sentiasa terus berdoa dan solat hajat.

Malaysia Patut Henti Hubungan Dagang Dengan Israel

1. Hari ini telah masuk hari ke-7 serangan bersepadu darat, laut dan udara Israel ke atas Gaza. Serangan udara dan tembakan meriam ke atas orang awam Gaza diteruskan sehingga mengakibatkan angka kematian meningkat secara mendadak mencecah 160 orang disamping lebih 1000 pula mengalami kecederaan sehingga semalam. Semalam juga Israel mengumumkan akan memperhebatkan serangan darat dengan “gempuran paling kuat” pada bila-bila masa sahaja.

Kebajikan Rakyat Perlu Diutamakan

Wednesday, July 2, 2014

Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) sangat terkesan dengan situasi yang menimpa Muhammad Firdaus Dullah, pada minggu lalu.

Tentunya rakyat yang dari pelbagai bangsa dan agama apalagi dari serata Malaysia merasa kasihan dan simpati atas apa yang dialami oleh Adik Firdaus ini.

Pemimpin & Ahli Masyarakat, Wajar Turun Padang Selalu

Konsep utamanya ialah “We us and we can get” maksudnya jika kita berdoa kepada Allah, insya’Allah, Allah akan beri.

Sama juga dengan kehidupan kita ini, kadangkala manusia ini tidak mahu untuk meminta, malu nak berkata, malu nak menerangkan perkara yang sebenar, akan menyebabkan orang atau masyarakat tidak tahu.

PAS Sabah Pandang Serius Kerajaan Negeri Lambat Lantik Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Yang Baru

1.    Merujuk kepada Warta Kerajaan bertarikh 21 april 2011 Jilid LXVI, Bilangan no. 301 “PELANTIKAN PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI DAN AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH”, PAS mendapati tempoh perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah tamat pada 31hb Mac 2014.

2.    Berdasarkan semakan kami di  warta kerajaan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai PAS mendapati Kerajaan Negeri masih belum melantik secara rasmi AMT  MUIS berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 11 (2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.


Tindakan Ke Atas Pemberi Sedekah Bercanggah Dengan Anjuran Islam

(1) Islam menganjurkan penganutnya bersedekah sehingga diganjarkan dengan pahala yang berganda. Amalan mulia ini, selain dapat meringankan bebanan kesusahan si penerima, ia juga sebagai proses menyucikan harta, tingkatkan perasaan pemurah dan kembangkan harta si pemberi.

(2) Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tg. Adnan Tg. Mansor semalam yang menyatakan akan mengenakan hukuman ke atas peminta dan pemberi sedekah semata-mata atas alasan perbuatan tersebut mencemarkan imej ibu negara dan bagi mengurangkan budaya mengemis adalah tidak bertepatan dengan anjuran Islam dan memperlihatkan kegagalan Menteri mengenalpasti punca sebenar gejala itu apatah lagi untuk mengkehadapankan solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pemuda Pas Tambun Terus Konsisten Bantah Konsert Berunsurkan Maksiat

Friday, June 13, 2014

Dewan Pemuda PAS Tambun menyambut baik sikap cakna dan prihatin yang ditunjukkan pihak berwajib dan Ngo-ngo Islam di Perak di atas usaha mendesak Carnival Nite Out yang dijadualkan berlangsung 12 Jun ini di Lost World Tambun hingga program yang dijadualkan itu berjaya dibatalkan.

Dewan Pemuda PAS Tambun melalui Ketua Pemudanya Ustaz Hafez Sabri menyatakan, pihaknya akan terus konsisten menggesa kerajaan negeri dan badan berwajib mengkaji semula penganjuran apa jua bentuk konsert yang dilihat tidak sesuai dan menyalahi aturan agama dan adat ketimuran di Negeri Perak ini khususnya.

Harga Sebuah Kebenaran: Solidariti Buat Mejar Zaidi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melalui Jabatan Amal telah menganjurkan Majlis Solidariti bersama Mejar Zaidi Ahmad di Darul Amal, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada malam semalam.

Para hadirin yang hadir bersama-sama membaca surah Yassin, solat Hajat dan berdoa agar Mejar Zaidi terus diberikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah dalam menghadapi ujian yang sedang menimpa beliau.


Istilah Kebajikan Rakyat Tiada Dalam Kamus Perjuangan BN Sarawak



Kerap saya nyatakan dalam tulisan saya bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah yang paling kaya di Malaysia tetapi malangnya rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan papa kedana tidak dapat menikmati hasil kekayaan yang seharusnya mereka nikmati.Pemimpin yang dipilih oleh rakyat sepatutnya menjalankan amanah dengan membaiki taraf kehidupan rakyat agar menjadi lebih baik lagi tetapi ianya gagal. Malah kehidupan mereka bagaikan raja dengan membiarkan rakyat hidup sengsara tanpa menyediakan kemudahan asas yang sepatutnya rakyat nikmati.

Mana perginya slogan keramat BN (Barisan Nasional) ‘rakyat didahulukan” atau slogan ini semata-mata retorik atau gula-gula untuk menarik undi rakyat semasa pilihanraya saja?

Pemuda PAS WP Anjur Santai Kaki Bola & Jom Tonton Bola

Tuesday, June 10, 2014

Hanya tinggal beberapa hari lagi sepak mula Piala Dunia 2014 akan bermula. Sana sini kedengaran program-program dan acara-acara bagi meraikan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia ini. Pertandingan bola sepak peringkat dunia yang hanya diadakan 4 tahun sekali ini bagaikan suatu pesta yang mesti diraikan oleh semua negara. 

Tidak ketinggalan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan turut bersama-sama warga dunia yang lain menambahkan kehangatan yang melanda. Justeru, kami Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Santai Kaki Bola khusus untuk para peminat bola sepak dalam menyambut kehadiran Piala Dunia 2014 ini. Santai Kaki Bola akan diadakan pada hari Rabu, 11 Jun bertempat di Restoran Awwal Maju, Sri Rampai, Setiawangsa. Program ini akan diadakan seawal jam 9 malam. 

Pemuda PAS Malaysia Bantah Tindakan Tatatertib

Sunday, June 8, 2014


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan pihak Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) yang mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa orang mahasiswanya baru-baru ini.

Sekumpulan mahasiswa UMSKAL telah mengadakan himpunan aman pada 21 Februari 2014 di hadapan bangunan pentadbiran kerana membantah keputusan pihak universiti yang mengambil semula pengurusan sebuah kedai di kampus.

Amukan Tok Gajah Julang Piala FA 2014

Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah menjuarai Piala FA bagi sesi 2014. Kemenangan ini merupakan kejuaraan kali kedua Pahang dalam edisi Piala FA.

Meskipun pada peringkat awal kemenangan hampir berpihak kepada pasukan Felda United namun dalam bola sepak, apa-apa pun boleh terjadi. Natijahnya, kemenangan berpihak kepada pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan ini dalam persaingan yang mendebarkan. Dalam bola sepak juga membuktikan bahawa jaringan awal tidak menjaminkan kemenangan yang mutlak. Kemasukan Faizol menggantikan Mathias Conti jelas merubah segala-galanya. Justeru, Faizol layak dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2014.

Nik Aziz tunggu penjelasan Kit Siang

Saturday, June 7, 2014

Oleh SAPINAH AB GHANI

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan hudud punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan daripada penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang akan menemuinya Sabtu depan.

Menurutnya, beliau tidak boleh mengulas isu berkenaan sebelum mendapatkan penjelasan mengenainya daripada Kit Siang.


Sembah Tahniah Pas Kedah Kepada Ytm Tunku Salehuddin Atas Pelantikan Sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Thursday, June 5, 2014

Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengutus sembah tahniah di atas pelantikan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuatkuasa 21 Mei lalu.

Pelantikan baginda untuk menduduki jawatan tersebut sangat tepat berasaskan pengalaman, ketajaman pemikiran dan pandangan jauh ke hadapan yang dimiliki baginda. Tentunya baginda akan menjadi simbol perpaduan rakyat negeri Kedah.


Hudud Punca Kekalahan Dap Di PRK Teluk Intan ?

Selepas kematian mendiang YB Seah Leong Peng akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya, negara sekali lagi berdepan dengan satu lagi Pilihanraya Kecil di Parlimen Teluk Intan. Sebelum itu mendiang menewaskan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 7,313. Namun dalam PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

Sejurus itu, seorang demi seorang pimpinan DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah punca kekalahan mereka. Antaranya adalah Sdr. Kim Quek dan YB Gobind Singh Deo.

Piala Dunia 2014 Bakal Milik Siapa?

Kurang sepuluh hari lagi penduduk bumi ini akan meraikan kedatangan Piala Dunia 2014. Pertandingan bola sepak yang berprestij yang ditunggu-tunggu setiap 4 tahun sekali. Pelabagai persiapan dan program dirancang di seluruh dunia bagi sama-sama meraikan dan menyokong pasukan negara pilihan masing-masing. Tidak ketinggalan juga di Malaysia, kehangatan Piala Dunia 2014 kian membahang. Lihat sahaja di kaca-kaca televisyen dan di dada-dada akhbar, tidak sedikit berita dan iklan berkenaan Piala Dunia ini.

Namun saya melihat Piala Dunia kali ini mempunyai keunikannya. Jika siri sebelum ini kita boleh menjangkakan hanya beberapa negara sahaja sebagai 'favourite' untuk menjulang Piala Dunia ini, tetapi pada tahun ini tidak.  Kebanyakan negara bertanding dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang untuk menjulang piala yang direka oleh Silvio Gazzaniga ini.

Tahniah Kontinjen Wilayah Persekutuan


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-setinggi tahniah kepada kontinjen Wilayah Persekutuan kerana telah menjadi juara dalam Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke 17 baru-baru ini.  Dalam pertandingan yang berlangsung di Perlis ini, Wilayah Persekutuan telah mengutip sebanyak 55 pingat emas sekaligus mengalahkan Terengganu dan Selangor yang merupakan dominasi dalam setiap kejuaraan SUKMA.

Kali terakhir Wilayah Persekutuan memenangi kejuaraan SUKMA adalah pada tahun 1986 melalui Kuala Lumpur sebelum ditukar kepada Wilayah Persekutuan.

Musim Perayaan: Ada Pihak Cuba Kaut Untung Lebih

Wednesday, June 4, 2014

Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) yakin menjelangnya musim perayaan terutamanya Sambutan Hari Raya akan timbulnya isu kekurangan barang keperluan harian dan terdapat juga isu kenaikan barangan keperluan tersebut. Walaupun baru-baru ini kita telah dikejutkan ianya telah pun bermula berlakunya di Negeri Kedah setelah dilaporkan oleh media bahawa Minyak Masak dan Tepung Gandum khasnya telah mula berkurangan dan telah dilaporkan juga ada pihak yang telah menaikkan harga yang amat terkesan kepada pengguna semenjak minggu lepas. Terdapat juga maklumat, perkara yang sama telah berlaku di Daerah Kerian, Negeri Perak dan kemungkinannya akan turut berlaku di seluruh Perak berikutan menjelangnya Bulan Ramadhan pada tahun ini.

PRK Teluk Intan: Tunggu Mesyuarat Majlis Presiden PR

Pemuda PAS Perak merasa kecewa dengan kenyataan terbuka Ahli Parlimen DAP Kawasan Puchong, Gobind Singh Deo yang juga Pengerusi Undang-Undang DAP yang menjadikan faktor kekalahan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P076 Parlimen Kawasan Teluk Intan iaitu Dyana Sofya Mohd Daud berpunca dengan isu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah atau Hukum Hudud.

Adakah benar isu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah atau Hukum Hudud adalah penyebab kekalahan calon DAP tersebut yang hanya kalah tipis sebanyak majoriti 238 undi sahaja?

Kesihatan Presiden Pas: Rakam Penghargaan Kepada Semua

Sunday, June 1, 2014

Saya bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih khasnya kepada Kerajaan Negara Turki melalui Kedutaan Negara Turki di Kuala Lumpur dan juga Kerajaan Negara Malaysia khasnya melalui Kedutaan Negara Malaysia di Ankara yang berusaha membantu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menghadapi masalah kesihatan. Rombongan Presiden PAS yang dalam lawatan kerja ke Negara Turki terpaksa membawa Dato’ Seri Hadi ke Hospital Istanbul, Turki berikutan masalah kesihatan.


Belasungkawa - Sultan Berjiwa Rakyat, Diingati Rakyat

Friday, May 30, 2014

Sukar untuk menyembunyikan rasa hiba tatkala berita kemangkatan Almarhum Sultan Muhibbuddin Azlan Shah menjengah ke ruang udara. Tanpa diduga, berlalulah masa bagi setiap yang bernyawa. Inilah resam berbudi, sepanjang berdetiknya waktu, setiap jasa yang ditaburkan diimbau semula untuk dijadikan kenangan dan makna kehidupan.

Kemangkatan Almarhum Sultan Azlan banyak meninggalkan legasi di persada negara terutamanya dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sukan. Kehalusan pekerti, ketokohan, kebijaksanaan dan sikap mesra antara ramuan keperibadiannya yang terukir di benak rakyat.


Hudud : Mari jadi Rakyat Yang Merdeka dan Demokratik

Tuesday, May 27, 2014

Demokrasi meraikan kebebasan bersuara, memilih dan dipilih. Setiap rakyat Malaysia dijamin hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun, kita semua akur bahawa perlunya ada ketetapan dan sempadan kebebasan tersebut.

Demokrasi yang terpimpin ialah semua rakyat diberi kebebasan untuk mempunyai pendapat dan kecenderungan yang tersendiri, namun pendapat dan kecenderungan ini mestilah selari dengan undang-undang dan sistem hidup supaya kebebasan ini tidak mengganggu hak orang lain.

Piala Thomas 2014 : Semangat Juang Yang Tiada Kesudahan

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad badminton negara kerana telah mempamerkan semangat juang yang begitu tinggi semasa menentang pasukan Jepun malam tadi. Sekalipun terpaksa berputih mata untuk menamatkan kemarau 22 tahun tanpa Piala Thomas, namun semangat tidak mudah kalah ini sememangnya harus dipuji.

Skuad yang dibarisi pemain seperti Datuk Lee Chong Wei, Hoo Thien How, Tan Wee Kiong, Chong Wei Feng, Daren Liew, Lim Khim Wah dan Goh V Shem sewajarnya mendapat penghormatan yang tinggi.

Teluk Intan : Pandangan Saya

Friday, May 23, 2014

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan kuliah yang lain.

2. Berhubung pilihan raya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. Pas tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak dari hari ia ditubuhkan lagi.


PAS Berdiri Teguh, Menjunjung Kasih Sultan Mizan Zainal Abidin

Wednesday, May 21, 2014

PAS Terengganu menjunjung kasih atas titah Sultan Mizan Zainal Abidin dan menggesa kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil perjalanan dan tindakan segera.

Pada pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 13 April lalu, titah baginda yang kami percaya merupakan arahan, perlu dititik beratkan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Sultan mahu kerajaan Terengganu memberikan fokus kepada soal 'good governance', urus tadbir yang baik dalam semua aspek perjalanan kerajaan termasuk menekankan soal integriti dan akauntabiliti kepada pemimpin kerajaan negeri.

Dewan Ulamak Pas Pusat Menyeru Agar Tidak Dipolitikkan Hal Hudud Dalam Prk Parlimen Teluk Intan


Hudud adalah pendirian dan dasar PAS sejak awal penubuhannya. Pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukum islam ini sudah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan PAS iaitu dalam Fasal 5 (1) dibawah tujuan PAS yang berbunyi:

"memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah."

Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau dimana posisi dan situasi yang mereka tempuhi.

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives