Followers

Khalid mungkin dilantik semula Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor?

Thursday, June 16, 2011

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkemungkinan besar dilantik semula memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor ekoran perubahan teraju Badan Perhubungan Pas negeri yang menyaksikan pengguguran pesuruhjaya negeri sesi lalu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.

Ini berikutan sebelum ini, Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam telah digugurkan oleh Pas negeri itu dalam rombakan pada 2009 ketika ia diterajui oleh Hasan.

Umum mengetahui kedua-dua pemimpin Pas itu kelihatan tidak 'sebulu' terutama Khalid yang seringkali dilihat mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Hasan dalam beberapa isu melibatkan pentadbiran negeri.


Pas tidak akan berkerjasama dengan UMNO

Wednesday, June 15, 2011

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR 14 Jun - Pas tidak akan menyambut cadangan kerjasama yang dihulurkan oleh UMNO pada masa ini walaupun atas nama penyatuan Melayu kerana telah serik dengan sejarah silam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) berkata, UMNO hanya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Pas apabila mereka berasa tersepit seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu Pas ditendang keluar oleh UMNO apabila parti itu kembali kuat dan pulih.


Tiada sebab Pas gugur istilah Islam - Harun Taib

Tuesday, June 14, 2011

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Tiada sebab untuk Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu yang digunakan sejak sekian lama hanya kerana Pas mengubah dasar perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, berpandukan al-Quran dan sunnah, perkataan kebajikan turut memberi makna kepada perkara kebaikan seperti dituntut agama Islam.

"Jadi, kenapa kita (Pas) kena ubah dan gugur perkataan Islam. Tiada sebab kita nak buat begitu," katanya.


Dato' Harun anggap pengguguran jawatan sebagai perkara biasa

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Datuk Harun Taib yang digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu akur dengan keputusan itu sambil menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam parti.


Beliau yang masih kekal sebagai Ketua Dewan Ulama Pas menyifatkan perubahan itu merupakan satu keperluan untuk memantapkan lagi jentera bagi mengukuhkan perjuangan Pas.

Malah, menurutnya, pengguguran daripada jawatan berkenaan sekurang-kurangnya memberi lebih banyak masa kepadanya untuk beristirehat kerana keuzuran.

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...