KUALA TERENGGANU 13 Jun - Datuk Harun Taib yang digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu akur dengan keputusan itu sambil menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam parti.Beliau yang masih kekal sebagai Ketua Dewan Ulama Pas menyifatkan perubahan itu merupakan satu keperluan untuk memantapkan lagi jentera bagi mengukuhkan perjuangan Pas.
Malah, menurutnya, pengguguran daripada jawatan berkenaan sekurang-kurangnya memberi lebih banyak masa kepadanya untuk beristirehat kerana keuzuran.

