KUALA LUMPUR 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu "lawak jenaka".Nik Abdul Aziz berkata, apa yang menghairankan apabila ada akhbar yang membuat cerita bahawa cadangan itu timbul kerana Anwar dijangka dipenjarakan kerana kes liwat yang sedang dibicarakan.



