Followers

Demokrasi-Bila Malaysia Mahu Berubah

Tuesday, November 1, 2011

Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat (LPTWPP) yang mana di dalam rangka Lawatan Kerja ke UK/Holland telah dihidangkan dengan suasana demokrasi dalam erti kata yang sebenar apabila melihat sendiri bagaimana satu demokrasi aman berlangsung dihadapan Pejabat Perdana Menteri Britian, David Cameron di Downing Street pada 23 Oktober yang lalu.

Perhimpunan aman yang menentang kekerasan dan kekejaman Negara China keatas penduduk Tibet yang kebanyakkannya disertai oleh wakil penduduk tempatan Tibet. Bagaimanapun warga tempatan London yang prihatin dilihat turut menyertai perarakan sejauh 3 KM sebelum mereka berkumpul di seberang jalan menghadap pejabat Perdana Menteri Britian Downing Street.

Mengecam Tindakan Ugutan Terhadap Dr Aziz Bari

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengancam Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengirim beliau sebutir peluru beberapa hari lepas. Bagi DPPM, tindakan ini melampau serta keterlaluan bagi sebuah negara yang aman seperti Malaysia. Ia juga ibarat tindakan kumpulan mafia atau gangster di negara seperti Mexico atau Colombia.

DPPM bimbang, trend mengugut seperti ini pastinya akan menganggu gugat keharmonian negara ini. Rumah disimbah cat, kiriman peluru, mengugut ahli keluarga, dilontar molotov cocktail adalah budaya baru masyarakat yang amat menggerunkan. Ia juga merendahkan nilai intelektualisme dalam negara ini. Jika tokoh akademik pun boleh dilayan seperti ini, apakah lagi nilai yang boleh diharapkan dinegara kita. Rakyat akan hilang kewarasan untuk berfikir manakala tokoh-tokoh akademik pula takut untuk memberi pandangan mereka. Mereka takut akan menjadi mangsa ugutan di masa hadapan.

TPM ‘Stok Sendiri’

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan ‘syok sendiri’ Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut bahawa Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain Barisan Nasional sempena perasmian Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di Sabah baru-baru ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Barisan Nasional sekarang sudah semakin terdesak untuk meraih simpati rakyat kerana telah ‘dimalukan’ oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah melondehkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan mengurus tadbir kewangan negara sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran yang cukup serius. Selain itu juga, penyelewengan berterusan di dalam pengagihan projek yang berkisar di kalangan pimpinan Barisan Nasional turut mendapat teguran berulang kali dalam setiap Laporan Ketua Audit Nagara.

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...