(1) Islam menganjurkan penganutnya bersedekah sehingga diganjarkan
dengan pahala yang berganda. Amalan mulia ini, selain dapat meringankan
bebanan kesusahan si penerima, ia juga sebagai proses menyucikan harta,
tingkatkan perasaan pemurah dan kembangkan harta si pemberi.
(2) Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tg. Adnan Tg. Mansor
semalam yang menyatakan akan mengenakan hukuman ke atas peminta dan
pemberi sedekah semata-mata atas alasan perbuatan tersebut mencemarkan
imej ibu negara dan bagi mengurangkan budaya mengemis adalah tidak
bertepatan dengan anjuran Islam dan memperlihatkan kegagalan Menteri
mengenalpasti punca sebenar gejala itu apatah lagi untuk
mengkehadapankan solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.
(3) Fonomena mengemis di ibu kota itu sebenarnya adalah manifestasi
dari dua kegagalan Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu; (i) membasmi
kemiskinan bandar dan (ii) menangani sindiket peminta sedekah di
Bandaraya Kuala Lumpur.
(4) Tindakan mengenakan hukuman ke atas pemberi dan peminta sedekah
tidak akan secara tuntas dapat membersihkan imej Kuala Lumpur dari
budaya mengemis.
(5) Sepatutnya, pihak Kementerian memberi fokus
penuh kepada dua isu ini bagi memulihkan imej Kuala Lumpur sebagai
sebuah bandaraya yang makmur dan sejahtera dengan warganya yang memiliki
taraf sosio-ekonomi yang seimbang sesuai dengan pembangunan fizikal dan
perkhidmatan perbandaran yang disediakan di bandaraya itu.
(6) Pusat-pusat perlindungan gelandangan perlu diwujudkan di ibu
kota bagi menempatkan para pengemis, mengelakkan pengemis daripada
berkeliaran dan sekaligus menjaga kebajikan pengemis-pengemis ini
termasuk dengan memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada mereka
bagi membebaskan diri daripada belenggu kesusahan hidup. DBKL dan MAIWP
pula, tanpa menunggu para gelandangan ini membuat permohonan, perlu
berkerjasama bagi menjejak para gelandangan dan menghulurkan bantuan
keperluan kepada mereka.
(7) Dengan demikian, barulah imej Kuala Lumpur dapat bebas dari budaya mengemis sekaligus meningkatkan taraf hidup warganya.
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
......
http://tkobloglist.blogspot.com
Aduka Taruna dah ada akal rupanya
4 weeks ago


0 comments:
Post a Comment