Followers

Belasungkawa - Sultan Berjiwa Rakyat, Diingati Rakyat

Friday, May 30, 2014

Sukar untuk menyembunyikan rasa hiba tatkala berita kemangkatan Almarhum Sultan Muhibbuddin Azlan Shah menjengah ke ruang udara. Tanpa diduga, berlalulah masa bagi setiap yang bernyawa. Inilah resam berbudi, sepanjang berdetiknya waktu, setiap jasa yang ditaburkan diimbau semula untuk dijadikan kenangan dan makna kehidupan.

Kemangkatan Almarhum Sultan Azlan banyak meninggalkan legasi di persada negara terutamanya dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sukan. Kehalusan pekerti, ketokohan, kebijaksanaan dan sikap mesra antara ramuan keperibadiannya yang terukir di benak rakyat.


Hudud : Mari jadi Rakyat Yang Merdeka dan Demokratik

Tuesday, May 27, 2014

Demokrasi meraikan kebebasan bersuara, memilih dan dipilih. Setiap rakyat Malaysia dijamin hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun, kita semua akur bahawa perlunya ada ketetapan dan sempadan kebebasan tersebut.

Demokrasi yang terpimpin ialah semua rakyat diberi kebebasan untuk mempunyai pendapat dan kecenderungan yang tersendiri, namun pendapat dan kecenderungan ini mestilah selari dengan undang-undang dan sistem hidup supaya kebebasan ini tidak mengganggu hak orang lain.

Piala Thomas 2014 : Semangat Juang Yang Tiada Kesudahan

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad badminton negara kerana telah mempamerkan semangat juang yang begitu tinggi semasa menentang pasukan Jepun malam tadi. Sekalipun terpaksa berputih mata untuk menamatkan kemarau 22 tahun tanpa Piala Thomas, namun semangat tidak mudah kalah ini sememangnya harus dipuji.

Skuad yang dibarisi pemain seperti Datuk Lee Chong Wei, Hoo Thien How, Tan Wee Kiong, Chong Wei Feng, Daren Liew, Lim Khim Wah dan Goh V Shem sewajarnya mendapat penghormatan yang tinggi.

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...