Tiupan wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di
Malaysia pagi tadi menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di
Brazil. Ia juga memberi erti kemunculan juara dunia bola sepak bagi
tempoh 4 tahun ini. Jerman buat kali keempat telah dinobatkan sebagai
juara Piala Dunia 2014 menewaskan Argentina hasil jaringan tunggal Mario
Gotze pada minit ke 113. Bagaikan perlawanan ulangan tahun 1986, kali
ini yang bezanya ialah Jerman yang menang.
Piala Dunia 2014 kali ini amat menarik dan unik. Pelbagai kejutan di
sepanjang kempen ini yang menjadikan ramai peminat bola sepak
tertunggu-tunggu apakah kesudahan yang bakal tiba. Seawal persaingan
peringkat kumpulan, beberapa pasukan yang menjadi pilihan untuk juara
tersingkir. Apa yang lebih mengejutkan apabila Sepanyol yang menjadi
penyandang juara Piala Dunia 2010 dan juara Eropah 2012 tersingkir di
peringkat kumpulan. Bahkan lebih buruk lagi apabila hanya menang sekali
sahaja dalam 3 perlawanan. Turut tersingkir di peringkat kumpulan lagi
adalah pasukan-pasukan pilihan ramai seperti Itali, England dan
Portugal. Meskipun dibarisi dengan barisan pemain ternama dunia namun
ianya bukan menjadi tiket untuk mara bersaing di peringkat seterusnya.
Apatah lagi Itali dan England mempunyai liga bola sepak domestiknya yang
sangat berprestij. Namun semua itu tidak bermakna apabila pulang awal
sebelum persaingan sebenar bermula.
Apa yang menyedihkan apabila wakil daripada Asia gagal menyerlah
kali ini. Iran, Jepun dan Korea Selatan gagal memberikan impak.
Menduduki tangga tercorot masing-masing membuktikan kualiti pasukan bola
sepak Asia. Wakil Asia kali ini tidak mampu memenangi walaupun satu
perlawanan. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi warga Asia. Namun begitu,
terdapat juga pasukan yang turun sebagai pasukan 'underdog' berjaya
menyerlah kali ini. Algeria, sebuah negara di benua Afrika berjaya
memposisikan diri mereka sebaris dengan pasukan-pasukan ternama yang
lain. Algeria menyertai FIFA pada tahun 1964 selepas setahun setengah
memperolehi kemerdekaan. Kemudian layak ke Piala Dunia pada tahun 2010
namun tewas di peringkat kumpulan. Kali ini mereka tampil bergaya
apabila mampu bersaing sehingga ke peringkat kalah mati. Yang menariknya
Jerman yang merupakan saingan mereka terpaksa berhempas pulas sebelum
menang 2-1 ke atas Algeria. Sesuatu yang boleh diambil iktibar oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini. Dari sudut geografi dan
kekayaannya, Malaysia jauh lebih bertuah daripada Algeria. Bahkan,
Malaysia terlebih dahulu merdeka berbanding Algeria. lebih hebat lagi,
Malaysia menyertai FIFA 10 tahun awal daripada mereka. Namun, di manakah
Malaysia pada kempen Piala Dunia 2014 kali ini? Bagaikan mengulangi
aktiviti 4 tahun sekali, Malaysia sekadar menjadi pemerhati dan bersorak
mengikut pasukan yang diminati.
Pada kempen Piala Dunia 2014 kali ini juga menyaksikan pasukan suka
ramai iaitu Brazil gagal menampilkan aksi terbaik mereka. Sekalipun
mampu mara sehingga ke perlawanan separuh akhir, skuad yang terkenal
dengan gaya samba ini semakin layu di peringkat separuh akhir dan
penentuan tempat ketiga dan keempat. Kebergantungan penuh kepada Neymar
menyaksikan skuad Selecao bagaikan hilang punca apabila Neymar cedera
semasa menentang Colombia. Lebih malang lagi dalam sejarah bola sepak
Brazil apabila skuad samba ini menjadi sambal yang lunyai dikerjakan
Jerman. Bolos 5 gol dalam tempoh 30 minit membuktikan bahawa gaya samba
bola sepak yang diagung-agungkan itu kini tidak relevan lagi. Zaman
kegemilangan Brazil sebagai kuasa bola sepak dunia kian berlalu. Tidak
dinafikan kemaraan sehingga peringkat separuh akhir. Namun, kestabilan
dalam kumpulan juga memainkan faktor kemenangan sesebuah pasukan.
Natijah kebergantungan terhadap seorang pemain telah memberikan
contohnya. Diaibkan 7 gol memberi erti bahawa anda bukan lagi sebuah
pasukan yang digeruni.
Jerman menjadi juara Piala Dunia 2014. Tampil dengan pasukan yang
bergaya, Jerman bagaikan melaungkan amaran bahawa Piala Dunia 2014 ini
hendaklah dikembalikan kepada mereka setelah 20 tahun terlepas dalam
genggaman. Jerman memerlukan 12 tahun untuk kembali ke final setelah
tewas 0-2 dengan Brazil di Yokohama, Jepun. Tahun 2014 menampilkan
pasukan yang terdiri dari muka lama dan baru. Gabungan skuad final 2002
dan 2014 telah memberikan impak positif yang hebat apabila mara tanpa
kalah di sepanjang kempen Piala Dunia 2014 ini. Jerman juga telah
dsebut-sebut bakal mara ke peringkat akhir berdasarkan kepada kestablan
pasukan yang mereka ada. Bagaikan menjangkakan Jerman masuk ke final,
jualan jersi pasukan Jerman di Malaysia bagaikan pisang panas. Rata-rata
habis dijual seawal kempen Piala Dunia lagi. Bagaikan strategi perang
Blitzkrieg, Jerman mara dengan merempuh semua saingan mereka. Rempuhan
hebat daripada pasukan Jerman adalah terhadap Brazil. Kemenangan 7 - 1
terhadap Brazil membuktikan bahawa skuad Joechim Loew ini memang layak
untuk menjulang Piala Dunia dan akan diingati dalam sejarah Piala Dunia.
Menentang Argentina awal pagi tadi merupakan sesuatu yang sengit.
Diheret ke masa tambahan membuktikan bahawa kehebatan kedua-dua pasukan
namun hanya satu pasukan sahaja yang layak menjadi juara. Juara itu
adalah Jerman. Sekaligus menjadi pasukan Eropah pertama yang memenangi
Piala Dunia di benua Amerika.
Sesuatu yang perlu diambil iktibar bagi Malaysia dalam kempen Piala
Dunia 2014 ini. Sudah 15 kali Piala Dunia berlangsung seusai kemerdekaan
Malaysia pada tahun 1957. Namun sebanyak itulah juga, Malaysia hanya
mampu menjadi pemerhati dan bersorak mengikut pasukan yang diminati.
Meskipun FAM pernah mensasarkan pada tahun 1990 yang Malaysia akan ke
Piala Dunia pada tahun ini, namun sehingga Piala Dunia ini berakhir,
tiada apa-apa pun yang berlaku. Kita tidak perlu sehingga mencontohi
pasukan-pasukan yang besar untuk melangkah ke Piala Dunia. Malaysia
perlu mencontohi pasukan seperti Bosnia-Herzegovina, negara yang dulunya
bergelut dengan perang dan kini bergelut untuk membangunkan negaranya.
Namun masih mampu menyaingi ke Piala Dunia. Algeria juga boleh dijadikan
contoh bagaimana mereka juga sebuah negara yang membangun masih mampu
ke Piala Dunia. Apatah lagi mereka ini yang kesemuanya Islam bermain
dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan. Algeria juga dalam proses
membangun setelah bergelut dengan perang. Jauh berbeza dengan Malaysia
yang dalam keadaan aman dan damai. Inilah yang perlu diambil iktibar
oleh pihak FAM. FAM perlu melaksanakan program intensif dalam memastikan
Malaysia layak ke Piala Dunia. Saya berkeyakinan penuh dengan saf
kepimpinan baru FAM yang diterajui oleh Tengku Abdullah ini mampu
melonjakkan mutu bola sepak negara. Perlantikan Lim Teong Kim sebagai
Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara dilihat sebagai satu usaha
bersungguh-sungguh FAM dalam memartabatkan mutu sukan bola sepak
negara. Tambahan pula, Lim Teong Kim merupakan bekas penolong jurulatih
pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich dan juga pernah bermain di Eropah
dalam pasukan Hertha BSC di Jerman pada tahun 1987. Pengetahuan dan
pengalaman meluas beliau dalam sukan bola sepak eropah diharapkan dapat
membantu menjayakan bola sepak Malaysia. Tidak mustahil dan saya optimis
bahawa dalam tempoh 15 tahun lagi, Malaysia mampu bersaing bersama-sama
pasukan besar yang lain dalam Piala Dunia.
Dalam memastikan Malaysia mampu maju ke Piala Dunia, perubahan harus
dilakukan. Malaysia tidak akan maju dan melangkah jauh sekiranya rasuah
masih lagi berleluasa. Inilah virus yang harus dihapuskan. Bukan sahaja
sukan, malah ekonomi negara juga tidak mampu melonjak jauh sekiranya
terdapat pemimpin negara yang terlibat dalam rasuah. Gejala bookie juga
masih menghantui bola sepak negara. Tidak pelik sekiranya usaha
dilakukan dalam memastikan mutu bola sepak negara ini terbantut dek
kerana musuh-musuh negara di dalam selimut yang terlibat dalam gejala
rasuah ini. Disiplin para pemain juga harus diperketatkan. Usaha tanpa
disiplin adalah sesuatu yang sia-sia sahaja. Saban tahun kedengaran
masalah disiplin di kalangan para pemain. Ada yang terlibat dengan
masalah di kelab malam, lari dari latihan dan ada juga yang terlibat
dengan khalwat. Pemain-pemain seperti ini tidak layak untuk menduduki
skuad negara. Bahkan mereka akan menconteng arang di muka Malaysia
kelak. Lebih baik mencari skuad baru daripada berharap kepada pemain
yang kerap menimbulkan masalah. Sikap besar kepala mereka harus diajar.
Sepanjang kempen Piala Dunia ini diharapkan juga mampu memberikan
suatu peringatan kepada rakyat Malaysia mengenai cara hidup dan
pemakanan. Pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
meletakkan Malaysia tangga ke 6 tertinggi kadar obesitinya di Asia. Pada
tahun 2014 pula, sebuah jurnal perubatan British, The Lancet pula
meletakkan Malaysia adalah yang paling tertinggi di Asia. 49 % wanita
dan 44 % lelaki di Malaysia mengalami obesiti. Suatu angka yang amat
menggerunkan. Justeru, menyokong pasukan bola sepak kegemaran haruslah
diikuti dengan cara pemakanan seimbang mereka. Para pemain mengikuti
disiplin pemakanan yang ketat dan seimbang. Inilah yang perlu dicontohi
oleh rakyat Malaysia di samping mengamalkan aktiviti senaman dan riadah.
Para pemain yang diminati sihat, dan rakyat Malaysia juga seharusnya
turut sama sihat seperti mereka. Justeru, ayuh kita mulakan mengamalkan
cara hidup yang sihat. Rakyat sihat, negara juga sihat.
Ir. Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
......
http://tkobloglist.blogspot.com
Blogger
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)7 years ago
-
Berehat sementara ...8 years ago
-
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota8 years ago
-
picture-017.jpg8 years ago
-
-
-
-
-
PRK Chempaka: Kemenangan legasi Tok Guru9 years ago
-
Kenapa Hj Hadi Harus Berundur?9 years ago
-
Jual Membran Ro Bandung - Jakarta9 years ago
-
-
-
AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif?10 years ago
-
-
Senja Nan Merah10 years ago
-
-
PRK Kajang dan Konsensus Nasional10 years ago
-
-
Pakej melancong ke India11 years ago
-
Info Solat11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Rohingya12 years ago
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan12 years ago
-
SIAPA GANAS???12 years ago
-
-
-
Hakim flip flop dan penyelamat ummah13 years ago
-
Konsert Iwan Shahman13 years ago
-
memBERSIHkan KATAK yang hodoh!13 years ago
-
-
-
Info http://nanbinjai.blogspot.com/13 years ago
-
-
-
HALAL BILA DUIT MASYUUUK...14 years ago
-
Hebaha-Demontrasi Aman Bantah Apco14 years ago
-
Keputusan PRK Hulu Selangor: Terkini 314 years ago
-
-
Antara Pengkhianatan dan Pembohongan14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Followers
Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia
Monday, July 14, 2014Posted by Unknown at 10:07 PM
Labels: Khairil Nizam Khirudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berita/Artikel lain....
-
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Johor meningkat7 minutes ago
-
Langit bertukar hijau pada awal pagi10 minutes ago
-
-
-
Fitnah jadi budaya Pas1 week ago
-
0x1c8c5b6a1 week ago
-
-
-
-
Sah! Kes Najib Razak Cacat1 month ago
-
Rindu Yang Membakar, Sayang Yang Mengkhianat2 months ago
-
-
-
-
-
Find your ideal mature girl fuck partner here5 months ago
-
-
-
-
-
-
-
Andai Umno berbaik dengan PAS1 year ago
-
-
-
-
2022 0812 GBPJPY2 years ago
-
-
-
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin3 years ago
-
-
-
-
-
Jerebu Kembali, Kesihatan Terjejas4 years ago
-
BENARKAH GULA MERANSANG SEL KANSER ?5 years ago
-
-
-
Pimpinan PAS WP dalami ilmu pilihan raya5 years ago
-
-
Hendak Kerja, Sertai Armada5 years ago
-
PENGUMUMAN5 years ago
-
-
-
-
-
Sedia Berkhidmat Selagi Diperlukan - PM6 years ago
-
Hello world!6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
7 Kelebihan Setan Dibandingkan Manusia ?11 years ago
Archives
-
▼
2014
(27)
-
▼
July
(7)
- Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia
- Adun Mengingatkan Gaza Ketika Final Piala Dunia
- Malaysia Patut Henti Hubungan Dagang Dengan Israel
- Kebajikan Rakyat Perlu Diutamakan
- Pemimpin & Ahli Masyarakat, Wajar Turun Padang Selalu
- PAS Sabah Pandang Serius Kerajaan Negeri Lambat La...
- Tindakan Ke Atas Pemberi Sedekah Bercanggah Dengan...
-
▼
July
(7)
1 comments:
artikelnya menarik dan bermanfaat untuk menambah pengetahuan. Baca juga artikel ini Berita Bola Terbaru
Post a Comment