
Beliau berkata, peraturan yang lebih jelas seperti jenis pakaian yang sesuai serta jenis tudung yang dipakai juga perlu diperincikan bagi memudahkan ia difahami oleh pihak yang mengunjungi surau atau masjid. "Mereka yang menjemput atau menganjur sepatutnya perlu memaklum perkara-perkara ini kepada orang yang dijemput (ke surau/masjid) lebih-lebih lagi bila membabitkan bukan Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu mengenai kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, di Surau Al-Huda di Kajang pada 22 Ogos.