Followers

Hasan Ali cadang peraturan terperinci masuk surau digubal

Monday, August 30, 2010

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini mencadangkan supaya satu peraturan lebih terperinci digubal berhubung cara dan tatasusila yang mesti dipelihara ketika menggunakan dan memasuki surau serta masjid di Selangor.


Beliau berkata, peraturan yang lebih jelas seperti jenis pakaian yang sesuai serta jenis tudung yang dipakai juga perlu diperincikan bagi memudahkan ia difahami oleh pihak yang mengunjungi surau atau masjid. "Mereka yang menjemput atau menganjur sepatutnya perlu memaklum perkara-perkara ini kepada orang yang dijemput (ke surau/masjid) lebih-lebih lagi bila membabitkan bukan Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu mengenai kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, di Surau Al-Huda di Kajang pada 22 Ogos.

Zaid Ibrahim : PAS perlu lupakan hasrat laksana hudud

Friday, August 27, 2010

KOTA BAHARU, 26 Ogos - Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda perlembagaan, kata penyelaras pakatan pembangkang Datuk Zaid Ibrahim.


"Saya tidak nampak hudud boleh dilaksanakan oleh satu parti sahaja. Ia memerlukan sokongan besar di dalam dewan (Rakyat)," katanya.

Zaid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan berkata impian melaksanakan hukum hudud tidak mungkin tercapai berdasarkan kedudukan kerusi parti PAS dalam Dewan Rakyat yang memerlukan sokongan dua pertiga anggota dewan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Betulkah kerjanya suka mengkafir orang?

Thursday, August 26, 2010

Oleh WaniBrah
Topik tulisan kali ini adalah seperti tertera. Asal topik ini adalah cetusan bila membaca apa yang dicetak oleh Utusan Malaysia melalui versi Mingguan Malaysia ( 15 Ogos 2010) yang bertajuk “Jangan terlalu berani mencabar” hasil tulisan seorang pensyarah universiti di bawah kementerian dipimpin Datuk Ahmad Zahid. Kononnya pensyarah itu berkelulusan doktorat dari UPM, tetapi pernyataan di dalam tulisannya didapati sudah menyindir PAS secara lorat. Apa yang dicetak Utusan Malaysia itu sudah dibaca seperti berikut:

“Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.”


The Star tokok tambah kenyataan saya - Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.

Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi

Monday, August 23, 2010

Oleh Radzi Razak

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Jangan jadi pokok 'jantan'; pohonya rimbun buahnya tiada.

Sunday, August 22, 2010

Keadaan keharmonian rakyat dan negara sudah sampai kepada tahap yang terendah didalam sejarah negara kita sejak merdeka ini. Pemikiran rakyat sudah tidak tenteram kerana melihat dan mendengar bermacam-macam peristiwa yang sangat merunsingkan kita semua.


Setiap hari kita mendengar bayi yang baru lahir dicampak dan dibuang dimerata tempat seperti mebuang puntung rokok. Setengah dari bayi-bayi tersebut diletakkan dihadapan rumah orang dan dimasjid serta ditempat awam. Ini dilakukan oleh manusia yang kebanyakkannya adalah dari orang-orang Islam yang sudah terlalu jauh menyimpang dari undang-undang yang disyariatkan oleh Agama kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...