Followers

Laporan Audit tak berkesan, BN hanya faham bahasa “Peti Undi”

Saturday, October 29, 2011

Inilah kesimpulan dari Laporan Audit 2010 yang sekali lagi menegur kelemahan ketara dalam pengurusan kewangan negara terutamanya dalam pengurusan projek dan membeli perkakas.

Walaupun Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat pelbagai teguran setiap tahun, namun perkara yang sama terus dilakukan, yakni budaya ketirisan, keborosan dan pembaziran yang disemai BN terus subur tanpa sebarang kekesalan.

PAS Parit Palu Gendang Pilihanraya Umum 13

Friday, October 28, 2011

Bota – Pas Kawasan Parit menyemarakkan paluan gendang Pilihanraya Umum 13 dengan melancarkan Markas Operasi Pas Parlimen Parit pada 27 Oktober 2011 dekat sini yang dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

Majlis perlancaran yang bermula selepas Maghrib dengan bacaan Yasin itu telah dihadiri hampir 300 orang ahli PAS Kawasan Parit dan penduduk setempat. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ketua Muslimat Kawasan, Dr Najihatussalehah Hj Ahmad dan Yang Dipertua Kawasan, Ustaz Hj Muhammad Ismi Hj Mat Taib.

Laporan Ketua Audit Negara 2010: Tahniah Kerajaan Negeri Kedah

Thursday, October 27, 2011

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010. Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah. DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Laporan Ketua Audit Negara Adalah KPI Rakyat Terhadap Kerajaan

Wednesday, October 26, 2011

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak rakyat menilai kembali tahap kecekapan dan keberkesanan kerajaan mengurus tadbir negara ini. Melalui Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan pada 24 Oktober 2011 menunjukkan kerajaan Malaysia sudah jauh daripada berupaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berkesan.

Disebalik pembentangan Bajet ‘gula-gula’ Pilihanraya 2011, yang dianggap ramai sebagai Bajet rakyat kerana banyak peruntukan one off untuk rakyat, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya. Tidak hairanlah, Laporan Ketua Audit Negara 2010 gagal dibentangkan pada masa yang ditetapkan iaitu semasa Bajet 2011 tempohari.

Maruah Universiti Negara Kita Terus Menjunam

Tuesday, October 25, 2011

1. Negara kita sekali lagi gagal dicerminkan sebagai membangun dan maju, sebaliknya kian mundur, kelam dan gelap. Terbaru pelanggaran "demokrasi ilmu" yang sungguh sadis, apabila Prof. Dr Abdul Aziz Bari digantung tugas oleh University Islam Antarabangsa [UIA] hanya kerana pengaruh kontraversi yang dicetus oleh media.

2. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bukanlah melakukan jenayah melainkan beliau hanya mengeluarkan pandangan dan kritikan berasaskan ilmu dan kepakaran beliau. Sungguhpun kenyataan beliau menyentuh pihak tertentu seperti Sultan dan pihak pemerintah seperti kerajaan, ternyata kenyataan beliau masih dalam disiplin ilmu

Mengutuk Campurtangan Politik Di UIAM

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk tindakan pihak pentadbiran Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang universiti itu. DPPM menganggap tindakan ini sebagai keterlaluan, kejam dan berniat jahat terhadap seorang kakitangan universiti yang diperakui sebagai pakar perlembagaan di Malaysia.

DPPM merasa sedih kerana UIAM sanggup diperkudakan sedemikian rupa demi kepentingan politik pihak tertentu. Bagi DPPM, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Aziz Bari adalah dalam bidang pengetahuan beliau selaku profesor undang-undang dan masih di bawah kerangka perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang yang pakar dalam perlembagaan Malaysia, beliau berhak mengeluarkan kenyataannya yang tidak bermaksud untuk mengguris mana-mana pihak termasuk DYMM Sultan Selangor sendiri. UIAM dan semua pihak perlu melihat kenyataan beliau dari kacamata akademik, bukan dari sudut emosi semata-mata.

Pemuda Akan Pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Walaubagaimanapun Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan mempastikan hajat beliau ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin UMNO serta kerosakan-kerosakan yang lain akan ‘dikuburkan’ di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Tubuh Suruhanjaya Diraja Menyiasat Penyelewengan Pengeluaran Kad Pengenalan

A.      ISU MEMPERMUDAHKAN PEMBERIAN HAK KEWARGANEGARAAN

Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort  pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut :


Demokrasi-Bila Malaysia Mahu Berubah

Monday, October 24, 2011

Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat (LPTWPP) yang mana di dalam rangka Lawatan Kerja ke UK/Holland telah dihidangkan dengan suasana demokrasi dalam erti kata yang sebenar apabila melihat sendiri bagaimana satu demokrasi aman berlangsung dihadapan Pejabat Perdana Menteri Britian, David Cameron di Downing Street.


Perhimpunan aman yang menentang kekerasan dan kekejaman Negara China keatas penduduk Tibet yang kebanyakkannya disertai oleh wakil penduduk tempatan Tibet. Bagaimanapun warga tempatan London yang prihatin dilihat turut menyertai perarakan sejauh 3 KM sebelum mereka berkumpul di seberang jalan menghadap pejabat Perdana Menteri Britian Downing Street.

Himpun - Pas Perak Sokong Kenyataan Presiden Pas

Saturday, October 22, 2011

IPOH, 21 Oktober, PAS Perak menyokong kenyataan Presiden PAS yang mahu aqidah umat Islam dipertahankan melalui gerakan dakwah dan penguatkuasaan undang-undang tetapi bukan melalui gerakan yanIPg boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, sejak dulu lagi PAS sememangnya tegas dalam isu yang melibatkan aqidah umat Islam, beberapa badan bertindak ditubuhkan oleh PAS apabila Nor Aisyah dimurtadkan, begitu juga Hartina Kamaruddin dan juga Lina Joy.

Takziah kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Saya rakamkan ucapan takziah kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang telah dikenakan tindakan separa Barbaric oleh UIA, bagi pihak kerajaan Umno-BN.

Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...