Followers

Lantik Rosmah menteri agar tidak ‘kacau’ kerajaan

Sunday, November 21, 2010

IPOH, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak ‘mengacau’ pentadbiran negara.

“Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

“Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang,” tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Himpunan Bersih: Mohamad Sabu, 16 lagi dibebaskan

Saturday, November 20, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Hakim Datuk Jagjit Singh membebaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan 16 yang lain daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.


Menurut peguam Hanipa Maidin, hakim Mahkamah Sesyen itu membebaskan mereka atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka.

“Yang lebih menarik, hakim kata polis langgar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap tertuduh di Masjid Negara,” ujarnya dalam sms kepada Harakahdaily sebentar tadi. - Harakahdaily

Majlis Syura hargai pengorbanan Ustaz Hassan

Friday, November 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Majlis Syura Ulama PAS menghargai pengorbanan dan jasa Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang menggangotai majlis itu selama 20 tahun.


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh jawatankuasa menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib di rumahnya di Taman Melewar, pagi ini.

Menurut Dr Haron, Jawatankuasa Majlis Syura pada mesyuaratnya telah memutuskan untuk memberi penghargaan kepada Almarhum Ustaz Hassan dalam bentuk sesuatu yang dapat dilihat untuk dijadikan kenangan kepada anak-anak dan cucu beliau.

Usul tergempar bincang kekeliruan tarikh Aidiladha

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) akan mengemukakan usul tergempar agar isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi dibincang di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Usul tersebut dikemukakan beliau kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, semalam.

Dalam usul tersebut, beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa sambutan Aidil Adha pada Rabu lalu "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...