Followers

Belasungkawa - Sultan Berjiwa Rakyat, Diingati Rakyat

Friday, May 30, 2014

Sukar untuk menyembunyikan rasa hiba tatkala berita kemangkatan Almarhum Sultan Muhibbuddin Azlan Shah menjengah ke ruang udara. Tanpa diduga, berlalulah masa bagi setiap yang bernyawa. Inilah resam berbudi, sepanjang berdetiknya waktu, setiap jasa yang ditaburkan diimbau semula untuk dijadikan kenangan dan makna kehidupan.

Kemangkatan Almarhum Sultan Azlan banyak meninggalkan legasi di persada negara terutamanya dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sukan. Kehalusan pekerti, ketokohan, kebijaksanaan dan sikap mesra antara ramuan keperibadiannya yang terukir di benak rakyat.


Hudud : Mari jadi Rakyat Yang Merdeka dan Demokratik

Tuesday, May 27, 2014

Demokrasi meraikan kebebasan bersuara, memilih dan dipilih. Setiap rakyat Malaysia dijamin hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun, kita semua akur bahawa perlunya ada ketetapan dan sempadan kebebasan tersebut.

Demokrasi yang terpimpin ialah semua rakyat diberi kebebasan untuk mempunyai pendapat dan kecenderungan yang tersendiri, namun pendapat dan kecenderungan ini mestilah selari dengan undang-undang dan sistem hidup supaya kebebasan ini tidak mengganggu hak orang lain.

Piala Thomas 2014 : Semangat Juang Yang Tiada Kesudahan

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad badminton negara kerana telah mempamerkan semangat juang yang begitu tinggi semasa menentang pasukan Jepun malam tadi. Sekalipun terpaksa berputih mata untuk menamatkan kemarau 22 tahun tanpa Piala Thomas, namun semangat tidak mudah kalah ini sememangnya harus dipuji.

Skuad yang dibarisi pemain seperti Datuk Lee Chong Wei, Hoo Thien How, Tan Wee Kiong, Chong Wei Feng, Daren Liew, Lim Khim Wah dan Goh V Shem sewajarnya mendapat penghormatan yang tinggi.

Teluk Intan : Pandangan Saya

Friday, May 23, 2014

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan kuliah yang lain.

2. Berhubung pilihan raya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. Pas tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak dari hari ia ditubuhkan lagi.


PAS Berdiri Teguh, Menjunjung Kasih Sultan Mizan Zainal Abidin

Wednesday, May 21, 2014

PAS Terengganu menjunjung kasih atas titah Sultan Mizan Zainal Abidin dan menggesa kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil perjalanan dan tindakan segera.

Pada pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 13 April lalu, titah baginda yang kami percaya merupakan arahan, perlu dititik beratkan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Sultan mahu kerajaan Terengganu memberikan fokus kepada soal 'good governance', urus tadbir yang baik dalam semua aspek perjalanan kerajaan termasuk menekankan soal integriti dan akauntabiliti kepada pemimpin kerajaan negeri.

Dewan Ulamak Pas Pusat Menyeru Agar Tidak Dipolitikkan Hal Hudud Dalam Prk Parlimen Teluk Intan


Hudud adalah pendirian dan dasar PAS sejak awal penubuhannya. Pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukum islam ini sudah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan PAS iaitu dalam Fasal 5 (1) dibawah tujuan PAS yang berbunyi:

"memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah."

Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau dimana posisi dan situasi yang mereka tempuhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...