
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau masih mampu menerajui pentadbiran negeri, namun sedia akur pada arahan Pusat sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan.
Katanya, sekiranya beliau tidak lagi layak menerajui Kedah, beliau sendiri akan menyerahkan jawatannya itu kepada calon yang sesuai.