KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kementerian Pendidikan akan mengusahakan sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian diberi peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2019.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, dua jenis sekolah tersebut agak ketinggalan dalam belanjawan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng awal bulan ini.
“Di pihak Kementerian Pendidikan, kita akan bawa dalam belanjawan tambahan peruntukan untuk SAR dan sekolah agama persendirian.
“Mungkin ada orang cakap ia sama dengan sekolah pondok dan sekolah tahfiz. Ia tidak sama, sekolah ini adalah sekolah yang menggunakan kurikulum kebangsaan tetapi ada tambahan mata pelajaran agama,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan forum Bahasa Jiwa Bangsa di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini malam ini.
Sebelum itu, Maszlee menjelaskan, peruntukan untuk sekolah tahfiz, sekolah pondok dan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dalam Belanjawan 2019 tidak diuruskan oleh Kementerian Pendidikan.
“Walaupun dalam ruang pendidikan tetapi untuk sekolah tahfiz dan sekolah pondok permohonan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala untuk SMPC, ia diuruskan secara langsung oleh Kementerian Kewangan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
......
http://tkobloglist.blogspot.com
2 comments:
性感荷官
成人貼圖
偷拍
巨乳內射多P癡女
色情援交
推薦紅利
德州撲克遊戲
線上投注
色遊戲
好聊慾成人影片換妻俱樂部
奶子研究所
電話交友聊天室
小說漫畫
博弈網站
美女寫真
言情小說
台灣線上賭博
德州撲克牌遊戲下載
Post a Comment