KUALA LUMPUR 16 Julai - Pas memberikan manasihat kepada DAP berhubung keputusan kerajaan negeri Kedah melarang operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti, serta menegur sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh.Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sepatutnya selaku pemimpin tertinggi DAP, Karpal tidak boleh mudah melatah dan menggunakan saluran media bagi mencari penyelesaian dalam isu-isu sensitif terutama, jika ia melibatkan agama.
"Karpal tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak kepimpinan bawahan DAP yang gemar menggunakan media secara terbuka dalam mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai isu sensitif, membabitkan orang Islam dan bukan Islam.


