Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melalui Jabatan Amal telah
menganjurkan Majlis Solidariti bersama Mejar Zaidi Ahmad di Darul Amal,
Taman Maluri, Kuala Lumpur pada malam semalam.
Para hadirin yang
hadir bersama-sama membaca surah Yassin, solat Hajat dan berdoa agar
Mejar Zaidi terus diberikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah dalam
menghadapi ujian yang sedang menimpa beliau.
Majlis tersebut dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan, Ir Haji Khairil Nizam Khirudin dan turut dihadiri oleh
Mejar Zaidi sendiri.
Pada perbicaraan di Mahkamah TUDM Sungai
Besi semalam, beliau telah dikenakan semula lima pertuduhan daripada
tujuh pertuduhan yang sebelum ini telah pun diketepikan selepas bantahan
awal pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru. Semua
pertuduhan berkait dengan dakwaan beliau memberi kenyataan kepada media
mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.
Sungguhpun demikian, Mejar Zaidi mengaku tidak bersalah atas semua
pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau. Tindakan pihak pendakwaan
mengenakan semula pertuduhan yang telah pun diketepikan adalah jelas
berniat jahat dan prejudis. Pihak peguambela, Hanipa Maidin akan memohon
semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tuduhan
yang dipinda itu.
Pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bertekad untuk terus
menyatakan solidariti sokongan dan penghargaan kepada Mejar Zaidi atas
keberanian beliau bercakap benar dan tidak tunduk kepada pihak yang
berbuat zalim. Beliau yang menyatakan kebenaran dikenakan tindakan
sedangkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menguruskan dakwat
kekal yang tidak kekal itu masih tidak dikenakan sebarang tindakan.
Adakah ini dikatakan keadilan.?
Itulah harga sebuah perjuangan menegakkan kebenaran.
Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
......
http://tkobloglist.blogspot.com
Aduka Taruna dah ada akal rupanya
4 weeks ago


0 comments:
Post a Comment