Saya
bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengambil kesempatan merakamkan
ucapan terima kasih khasnya kepada Kerajaan Negara Turki melalui
Kedutaan Negara Turki di Kuala Lumpur dan juga Kerajaan Negara Malaysia
khasnya melalui Kedutaan Negara Malaysia di Ankara yang berusaha
membantu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
yang menghadapi masalah kesihatan. Rombongan Presiden PAS yang dalam
lawatan kerja ke Negara Turki terpaksa membawa Dato’ Seri Hadi ke
Hospital Istanbul, Turki berikutan masalah kesihatan.
Dirakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji
Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak dan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar
Ibrahim yang turut menggunakan ruangan diplomasi sama ada antara
kerajaan dengan kerajaan ataupun hubungan politik antara parti dengan
parti bagi memudahkan urusan Dato’ Seri Hadi yang kini menerima rawatan
di sana. Untuk makluman rakyat Malaysia amnya, tahap kesihatan Dato’
Seri Hadi sudah semangkin baik dan beliau ditemani oleh Setiausaha
Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sentiasa melaporkan tahap
kesihatan Dato’ Seri Hadi kini.
Saya sekali lagi bagi pihak
parti menghargai usaha semua pihak sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung termasuk media massa di Malaysia ataupun di Turki yang
melaporkan kesihatan Dato’ Seri Hadi. Kepada Kedutaan Turki di Kuala
Lumpur yang turut mengikuti perkembangan kesihatan Dato’ Seri Hadi
diucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh
Kerajaan Negara Turki di sana. Kami mengharapkan rakyat Malaysia
mengiringi doa buat Dato’ Seri Hadi agar diberikan kesihatan yang baik
dan agar cepat pulih, bagi pihak parti kami amat menghargai usaha anda
sekalian di dalam perkara ini.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Penolong Setiausaha Agung,
Parti Islam SeMalaysia.
*Penolong Setiausaha Agung bahagian Diplomatik, Komunikasi Korporat, Pengurusan Maklumat dan Arkib
......
http://tkobloglist.blogspot.com
Aduka Taruna dah ada akal rupanya
2 months ago


0 comments:
Post a Comment