Followers

Nik Aziz sifatkan dakwaan sebagai lawak

Tuesday, August 2, 2011

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu "lawak jenaka".

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang menghairankan apabila ada akhbar yang membuat cerita bahawa cadangan itu timbul kerana Anwar dijangka dipenjarakan kerana kes liwat yang sedang dibicarakan.


"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" katanya menerusi status terkini laman sosial Facebook beliau yang dikemaskinikan hari ini.

Nik Abdul Aziz turut menasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, media seharusnya menulis perkara-perkara yang betul dan benar.

"Ingatlah apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...