Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat
(LPTWPP) yang mana di dalam rangka Lawatan Kerja ke UK/Holland telah dihidangkan
dengan suasana demokrasi dalam erti kata yang sebenar apabila melihat sendiri
bagaimana satu demokrasi aman berlangsung dihadapan Pejabat Perdana Menteri
Britian, David Cameron di Downing Street.
Perhimpunan aman yang menentang kekerasan dan
kekejaman Negara China keatas penduduk Tibet yang kebanyakkannya disertai oleh
wakil penduduk tempatan Tibet. Bagaimanapun warga tempatan London yang prihatin
dilihat turut menyertai perarakan sejauh 3 KM sebelum mereka berkumpul di
seberang jalan menghadap pejabat Perdana Menteri Britian Downing
Street.
Mereka
melaungkan slogan serta kata-kata semangat menggunakan pembesar suara. Mereka
juga mengedarkan risalah berkaitan isu tersebut. Pihak polis dilihat mengawal
suasana perhimpunan dan rata-rata penunjuk perasaan bertindak mengikut arahan
pihak berkuasa. Suasana himpunan berlangsung dalam keadaan aman.
Ini berlainan dengan situasi dengan negara
kita. Pihak berkuasa bertindak kejam dalam menghadapi perhimpunan aman. Modus
Operandi mereka dalam menyuraikan himpunan seolah-olah mereka berhadapan dengan
musuh yang ‘bersenjata berat’. Lihat sahaja bagaimana mereka bertindak di dalam
kes BERSIH 2.0. Parlimen juga mengesahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan
sejumlah 2 juta wang rakyat. Bukankah ini satu pembaziran sedangkan
jikalau Malaysia benar-benar memahami erti demokrasi yang sebenar.
Malaysia harus belajar daripada negara yang
menjadi rujukan mereka dalam membentuk undang-undang yang menjadi ‘kiblat’
mereka sejak merdeka. Kalau mengikutkan ‘method’yang ditunjukkan sebagai mana
yang dicontohkan oleh pihak berkuasa UK, sudah pasti dapat menjimatkan kos.
Barangkali tidak memerlukan kos sama sekali memandangkan berhimpun secara aman
ada termaktud didalam undang-undang.
LPTWPP berharap agar dapat Kerajaan UMNO/BN
mencontohi apa yang berlaku di UK. Janganlah jadikan pihak berkuasa
‘perkakas’ peribadi demi kepentingan ‘survival’ politik mereka yang semakin
‘pupus’ dan pihak berkuasa juga harus mencontohi apa yang berlaku supaya pihak
berkuasa lebih berintegriti dan dipandang mulia disisi masyarakat.
Disediakan dari UK;
Sdr.Mazlan Aliman
Pengerusi
0 comments:
Post a Comment