Berikutan daripada kejadian 240
orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS
Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut :
1. Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi. Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda PAS yang berada dilokasi kejadian. Kedua tidak ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 KM pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justru pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku ini.
2. Berdasarkan
kepada maklumbalas daripada warga asing tujuan mereka berada Putrajaya kemudian
dipindahkan ke Istana Dugang Country Resort adalah untuk mengambil kad
pengenalan biru.
3. Menurut
saksi kejadian terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa
mengunakan microfon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru
akan diberikan dan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.
4. Menurut
saksi kejadian terdapat seorang wanita
yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menaiki bas daripada
hentian Rawat & Rehat, Kulai. Beliau telah memberi taklimat tertentu di
dalam bas tanpa menggunakan microfon. Tetapi beliau tidak bersama kumpulan
warga asing ini semasa di Istana Dugang Country Resort.
5. Menurut
saksi kejadian arah perjalanan warga asing ini sering berubah-ubah. Mulanya
atas tujuan mesyuarat di Putrajaya. Kemudian ada uru-ura dipecahkan dibeberapa
lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya mereka berpusing-pusing di
Putrajaya dan akhirnya di arahkan ke Istana Dugang Country Resort.
6. Menteri
Dalam Negeri Datuk Hishmuddin Tun Hussin seolah-olah lepas tangan dalam isu ini
dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen
berkaitan pilihan raya dan SPR. Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa
Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di
negara ini bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan
warga asing yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Menteri Dalam Negeri
juga tidak mengetahui apa tujuan 240 orang warga asing tersebut berada di Istana
Dugang Country Resort sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan
mereka berada di situ kononya menghadiri kursus keusahawanan. Ini memberi
isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu
dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada
warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu.
Berdasarkan kepada
penyatan-penyataan di atas maka Pemuda PAS sangat kuatir bahawa terdapatnya
aktiviti memudahkan pemberian hak kewarganegaraan kepada warga asing di negara
ini untuk tujuan tertentu.
B. ISU KOD NEGARA “71”
Pemuda PAS Malaysia mempunyai
bukti yang kukuh bahawa terdapat 170,818
dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang mempunyai kod negara “71”. Berdasarkan kepada
semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya. Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod
“71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal
kelahirannya. Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka
berada dalam DPI maka mereka diberi hak
mengundi bagi memilih ahli Parlimen dinegara kita.
42.33 % atau 72,742 pengundi yang
tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu
Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135),
Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23). 17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak
diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India
(24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346),
Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri
Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang
paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.
Menariknya bagi rumpun bangsa
Inonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu
hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara “71” dan telah
menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi daripada bangsa Indonesia yang tidak
diketahui negara asal kelahiran ini
dipecahkan kepada bangsa Indonesian
(4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan(58).
Bagi pecahan agama daripada
pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam
37.7 % ataua 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan
beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha
(50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726),
Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83). Menarinya bagaimana
mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu
jumlah yang sangat luar biasa.
Bagi pecahan mengikut negeri
tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah
Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799),
Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang
(6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . Ini bermakna
bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR)
termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui
negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau
97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh
menumbangkan kerajaan yang memerintah.
Bilangan 170,818 adalah tidak
termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan
Rakyat (PR) berjumlah 1,597 orang.
Pemuda PAS Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi
tidak diketahui negara asal kelahiran
ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3
2011. Dijangka DPI suku ke-3 2011
ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.
Dalam jawapan yang telah
diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada 5hb Oktober 2011
dinyatakan bahawa kod “71” adalah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara
dan Pemastautin Tetap Malaysia. Mulai
tahun 2001 JPN baru mewujudkan kod-kod Negara luar secara khusus mengikut
negara kelahiran masing-masing
Walaubagaimana pun kewujudan
warga negara yang mempunyai kod “71” pada waktu ini adalah terlalu ramai dan
mencurigakan kerana JPN terlalu lewat memperkenalkan kod-kod kelahiran mengikut
negeri sejak tahun 2001. JPN bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat
Malaysia :
a. Berapakah
jumlah pecahan mengikut negara asal kelahiran bagi semua kod “71” ?
b. Berapakah
bilangan warga negera yang lahir di luar negara dan menggunakan kod “71” ?
C. ISU KAD BERKEMBER DALAM DAFTAR PEMILIH
INDUK(DPI) SPR
Pemuda PAS Malaysia telah membuat
siri-siri pendedahan manipulasi pilihanraya selama dua bulan kepada pihak
media. Hasilnya, kami dapat mengenalpasti bahawa terdapat ribuan kes kad pengenalan yang berkembar. Buktinya, pertama yang paling
jelas adalah melalui kenyataan dalam media The Star pada 24 Julai 2011
dimana Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar,
Timbalan Pengerusi SPR mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam
daftar pemilih SPR. Bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan oleh
SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI). SPR memberi alasan punca utama mereka
mengeluarkan data tersebut adalah kerana data tersebut tidak ada dalam rekod
JPN. Isunya adalah bagaimana nombor kad pengenalan tersebut pernah
diwartakan sebagai pengundi yang sah. Bukti ketiga adalah terdapat dua jenis
data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda iaitu pertamanya isu dua nama yang
sama memiliki no kad pengenalan yang hampir sama dan keduanya isu satu kad
pengenalan lama dimiliki oleh dua individu. Kedua-dua kad pengenalan ini sangat
mencurigakan. Bersama ini Pemuda PAS menyediakan satu lampiran contoh-contoh
nombor kad pengenalan yang berkembar.
D. DESAKAN
Bukti-bukti yang Pemuda PAS
bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN.
Kelemahan ini mungkin telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk
memanipulasi data-data JPN. Kami penuh yakin terdapat dalang disebalik masalah yang
berlaku. Kami akan mendesak kepada pihak atasan agar ditubuhkan satu
Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat penyelewengan pengeluaran kad
pengenalan di negara ini.
UST NASRUDDIN HASSAN TANTAWIKETUA PEMUDA PAS MALAYSIA.
0 comments:
Post a Comment