Tentunya rakyat yang dari pelbagai bangsa dan agama apalagi dari serata Malaysia merasa kasihan dan simpati atas apa yang dialami oleh Adik Firdaus ini.
Namun demikian, diharapkan kita selaku anggota masyarakat tidak menyalahkan 100 peratus apalagi menghukum ibu kepada adik Firdaus ini.
Sebagaimana diketahui, mereka tinggal di kawasan flat dan sewajarnya, antara jiran tetangga mengenali antara satu sama lain. Takkan sebagai jiran, mereka tidak perasan ke mana anak mereka seorang lagi apatah lagi jika jarang atau tidak pernah nampak.
DMPKR sangat merasakan jiran dan masyarakat sekeliling perlu prihatin. Wajar ambil tahu apalagi peduli.
Perkara ini perlu diberi perhatian, memandangkan wanita itu sebagai seorang ibu tunggal.
Sebagaimana diketahui, syarikat tempat ia bekerja pun tidak tahu bahawa dia ada anak OKU.
DMPKR memandang serius terhadap hal ini. Sewajarnya kita prihatin. Apalagi peranan jiran tetangga.
Tentunya dalam situasi ini, ibu kepada adik Firdaus ini mengalami tekanan kerana semua tanggungjawab terpikul di bahunya. Dengan bebanan kewangan, dengan segala tanggungjawab dia galas seorang diri.
Dan sudah pasti juga tentunya kita tidak sepatutnya menyalahkannya 100 peratus kepada ibunya itu, kerana boleh jadi sumber kewangannya terbatas.
DMPKR menyarankan agar semua pihak memberikan sokongan kepada ibu adik Firdaus yang kini ditahan di Penjara Seremban.
DMPKR berharap agar pihak berwajib menambahkan lagi skuad-skuad seperti skuad penyayang yang bersedia mengambil peduli isu-isu sebegini.
Secara jelasnya, negara semakin ramai orang yang mengahadapi masalah tekananan emosi yang selalunya berpunca daripada kesusahan yang menyelubungi.
Kerajaan digesa meramaikan agensi atau petugas yang akan mecari siapa yang memerlukan bantuan kerana apabila susah, akan banyak rentetan lainnya terjadi seperti masalah emosi, nak marah, atau lainnya sebab mereka lebih memikirkan bagaimana nak cari duit.Dan berikutan itu menyebabkan anak-anak tak terurus apalagi tak terjaga.
Dengan adanya agensi-agensi yang berkaitan yang beoleh membantu, insya’Allah perkara seperti ini boleh jadi tidak akan berlaku kerana keadaan mereka terjaga.
Apa salahnya jika kerajaan mampu mewujudkan ramai pekerja di sektor-sektor yang lain, apa salahnya untuk kebajikan rakyat, perlulah diramaikan sebegitujuga.
Puan Fauziah Tahir
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
......
http://tkobloglist.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment