Followers

Pemimpin & Ahli Masyarakat, Wajar Turun Padang Selalu

Wednesday, July 2, 2014

Konsep utamanya ialah “We us and we can get” maksudnya jika kita berdoa kepada Allah, insya’Allah, Allah akan beri.

Sama juga dengan kehidupan kita ini, kadangkala manusia ini tidak mahu untuk meminta, malu nak berkata, malu nak menerangkan perkara yang sebenar, akan menyebabkan orang atau masyarakat tidak tahu.

Jadi dalam konsep ini, kita tidak wajar menghukum si ibu. Boleh jadi dia ada perasaan malu untuk kongsikan masalah yang dihadapinya apalagi anaknya OKU kepada majikannya.

“Saya yakin dan percaya jika pihak majikan tahu situasi masalah yang dialami oleh si ibu itu, tentunya majikannya itu akan bantu.”

Justeru, saya menyarakankan kepada ibu-ibu yang mempunyai anak OKU, ada masalah rumahtangga, jangan risau dan jangan segan untuk meminta pertolongan kerana rakyat Malaysia prihatin. Insya’Allah tentu akan tampil yang membantu.

Kerana saya pasti ramai dermawan-dermawan yang prihatin di luar sana sedia membantu tetapi tidak tahu ke mana nak disalurkan. Kerana kekurangan maklumat.

Insya’Allah kami selaku muslimat PAS Negeri Sembilan, sedia membantu, jika terdapat ibu-ibu yang ada masalah, maklumkan. Ikut saluran yang betul.

Paling tidak sedikit sebanyak, kami berusaha dan bersama akan membantu. Apalagi jika mereka tiada lorong, tiada jalan di mana nak mengadu, berjumpalah dengan organisasi-organisasi, mana-mana NGO, ataupun badan-badan politik seperti PAS, Wanita UMNO, Puteri UMNO, Skuad Sayang ke. Insya’Allah, organisasi dan pertubuhan ini pastinya sedia membantu.

Sebagai saranan dan pemimpin serta ahli masyarakat, kena kerap turun padang, bukan hanya tunggu orang datang meminta pertolongan, barulah pemimpin tahu permasalahan rakyat. Apa yang saya nampak itu sudah semakin kurang di kalangan pemimpin kita.

Kita tunggu orang mengadu, baru kita nak bagi. Sedangkan hakikatnya, pemimpin masyarakat itu yang perlu mencari.

Mudah-mudahan ibu-ibu yang di luar sana yang mempunyai permasalahan anak OKU atau yang seumpamanya menggunakan saluran yang betul bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Puan Norwani Ahmat Ketua Penerangan & Media Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

......

http://tkobloglist.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...