Followers

PAS Sabah Pandang Serius Kerajaan Negeri Lambat Lantik Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Yang Baru

Wednesday, July 2, 2014

1.    Merujuk kepada Warta Kerajaan bertarikh 21 april 2011 Jilid LXVI, Bilangan no. 301 “PELANTIKAN PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI DAN AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH”, PAS mendapati tempoh perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah tamat pada 31hb Mac 2014.

2.    Berdasarkan semakan kami di  warta kerajaan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai PAS mendapati Kerajaan Negeri masih belum melantik secara rasmi AMT  MUIS berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 11 (2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.


3.    Masalah kelewatan ini bukan pertama kali berlaku dimana AMT penggal 2007-2010 yang telah tamat pada 14hb November 2010 hanya dilantik pada 1hb april 2011 iaitu 5 bulan terlewat daripada tempoh sebenar tamat.

4.    PAS melihat perkara ini suatu yang amat serius memandangkan semua hal ehwal  berkaitan Islam terletak di bawah tanggungjawab MUIS dan ini sudah tentu akan merencatkan segala perancangan dan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera.

5.    Dalam pada itu PAS ingin mengingatkan bahawa perlantikan AMT MUIS mestilah mematuhi  enakmen MUIS 2004 dibawah seksyen 11 (2) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004 dimana 5 orang daripada 8 orang AMT MUIS yang dilantik mestilah seorang yang arif dalam hukum syarak.
Mengikut kamus dewan edisi keempat perkataan “arif” bermaksud yang mengetahui (biasanya dirujuk kepada seseorang  yang memahami sesuatu dengan mendalam atau luas pengetahuannya) manakala maksud “ hukum syarak” ialah  peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam.

6.    Justeru itu PAS mahu latarbelakang dan kelayakan semua AMT MUIS didedahkan kepada umum kerana PAS mendapati perlantikan AMT yang lalu tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang dikehendaki oleh enakmen sepertimana yang berlaku dengan perlantikan AMT  2011-2014 hanya YB Datuk Arifin Arif sahaja yang memenuhi syarat-syarat tersebut

7.    Akhir sekali PAS mempersoalkan kewajaran bekas Pengerusi MUIS YB Datuk Suhaili Said mengeluarkan kenyataan bertajuk “Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7” seperti yang tersiar di media cetak dan elektronik baru-baru ini sedangkan jawatan beliau sebagai Pengerusi MUIS telah tamat tempoh seperti yang sedia maklum.


Sekian Terima Kasih


Hamid bin Ismail
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
......
http://tkobloglist.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...