Followers

Pemuda Pas Tambun Terus Konsisten Bantah Konsert Berunsurkan Maksiat

Friday, June 13, 2014

Dewan Pemuda PAS Tambun menyambut baik sikap cakna dan prihatin yang ditunjukkan pihak berwajib dan Ngo-ngo Islam di Perak di atas usaha mendesak Carnival Nite Out yang dijadualkan berlangsung 12 Jun ini di Lost World Tambun hingga program yang dijadualkan itu berjaya dibatalkan.

Dewan Pemuda PAS Tambun melalui Ketua Pemudanya Ustaz Hafez Sabri menyatakan, pihaknya akan terus konsisten menggesa kerajaan negeri dan badan berwajib mengkaji semula penganjuran apa jua bentuk konsert yang dilihat tidak sesuai dan menyalahi aturan agama dan adat ketimuran di Negeri Perak ini khususnya.

Memetik ucapan beliau,

“Kerajaan perlu sedar terhadap gejala sosial yang sedang melanda negara sedangkan konsert sebeginilah yang menjadi punca kepada kerosakan remaja seperti pergaulan bebas, gejala arak dan belbagai lagi kemungkaran akan berlaku”

Katanya, kerajaan negeri haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan lebih peka untuk menghalang segala faktor yang menyebabkan peningkatan berlakunya gejala sosial di negeri ini.


Beliau menyatakan lagi,

“Konsert sebegini boleh membawa kemudaratan dan saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana masalah sosial remaja di negari ini dapat dikurangkan sekiranya pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya ketika dihubungi pihak wartawan.

“Kami akan menggunakan pendekatan menyerahkan memorandum bantahan terhadap konsert tersebut kepada pihak kerajaan dan mereka yang terlibat jika konsert seperti itu diteruskan pada masa akan datang. Ini adalah salah satu langkah yang kami ambil untuk menghalang peningkatan gejala sosial di negeri ini daripada terus meningkat”

“Apa pu, kami akan teruskan dengan kerja-kerja dakwah kami dan sentiasa memberi peringatan kepada masyarakat khusunya umat Islam agar tidak melibatkan diri dengan gejala-gejala yang mengheret diri ke lembah maksiat,”

Justeru Pemuda PAS Tambun menggesa agar kerajaan negeri menambah baik atau mewujudkan tatacara  etika khusus yang mesti dipatuhi bagi sebarang penganjuran konsert atau apa jua program hiburan dengan mengambil kira pandangan dan cadangan dari para agamawan dan masyarakat, apa yang lebih penting ialah generasi muda dan masyarakat kini perlu didedahkan dengan suasana yang lebih kondusif dan positif untuk menyediakan mereka sebagai pelapis kepimpinan negara di masa akan datang bertepatan dengan apa yang disarankan agama dan budaya timur di Negara ini



......
http://tkobloglist.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...