Kali terakhir Wilayah Persekutuan memenangi kejuaraan SUKMA adalah pada tahun 1986 melalui Kuala Lumpur sebelum ditukar kepada Wilayah Persekutuan.
Sudah pastilah ini merupakan berita yang menggembirakan bagi seluruh warga Wilayah Persekutuan. Saya melihat inilah hasil dari semua penat lelah dan komitmen seluruh kontinjen WP. Tidak mustahil jika saya katakan bahawa inilah langkah pertama bagi Wilayah Persekutuan dalam terus menjuarai siri-siri SUKMA yang akan datang. Walaupun pungutan pingat masih ketinggalan dengan Selangor, namun ianya masih boleh diperbaiki pada masa akan datang.
Momentum kejuaraan harus dikekalkan. Saya mendoakan agar kontinjen Wilayah Persekutuan terus sukses dalam kejohanan SUKMA yang akan datang. Semoga dengan kemenangan ini juga mampu memberikan pelapis dalam skuad sukan tanah air. Tahniah Wilayah Persekutuan!
Yang Benar,
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
......
http://tkobloglist.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment