Followers

Kata orang, kalimah Allah mainan UMNO

Tuesday, January 12, 2010

Oleh Lutfi

Seorang sahabat saya, saat berbual dalam telefon, menyatakan kalimah Allah hanyalah satu permainan UMNO sahaja. Begitu juga dengan beberapa rumus dan tulisan dalam blog yang menyatakan, 'kununnya' isu ini hanyalah satu lagi cara orang tertentu, dan UMNO - mengalihkan perhatian kepada isu yang lebih besar, seperti isu enjin jet. Saya tidak tahu apakah makna 'isu yang lebib besar', lebih-lebih lagi, apakah makna 'besar' di situ.


Dari satu sudut, jika kita menggunakan dacing materialisme - memang, isu jet itu besar, kerana (1) saiz enjin jet memang besar dan (2) RM50 juta memang nilai yang besar. Tetapi, sebenarnya saya memang tidak berminat langsung untuk membincangkan isu besar atau tidak. Malah, entri ini ditulis pun bukannya untuk menafikan atau mengiyakan 'rumus' ini. Kita tak ada buktipun, selain hanya main agak-agak sahaja. Jadi, tak penting lansung adakah isu Kalimah Allah ini satu mainan politik orang UMNO, Lagipun saya bukannya politikus, tak ada untungnya untuk saya pun.


Jadi, entri ini ditulis untuk tujuan yang berbeza. Entri ini ditulis untuk memikirkan, sebagai contoh, gambaran dan tingkah laku politikus yang menyentuh isu ini. Daripada isu ini, tidak sedikit politikus yang menyertainya, makan semangkuk, bersudu berkuah sampai tak sedar janggut, misai, serban, gigi comot dek kuah. Lupa untuk buka mata luas-luas.

Yang pertama, ada reaksi yang menyatakan kita bagi mereka guna perkataan Allah, dengan syarat dan panduan yang ketat. Sebarang pemakian hendaklah akur terhadap peraturan dan garis panduan yang diberikan. Memang, kita boleh mencipta seribu satu hujah, dan tentunya dengan seribu satu panduan. Tetapi apalah maknanya panduan-panduan itu, kerana kita tidak akan mendapat jaminanpun agar mereka mematuhinya.

Ya, mungkin mereka mengaku untuk bersedia mematuhi segala peraturan yang 'mak nenek' itu. Tetapi, di negaraku ini, sudah banyak sekali perjanjian yang dilanggar. Kalau isu seperti keistimewaan bumiputera dan Melayu, yang sudah tercatat dalam perlembagaan pun sudah mahu ditiadakan, dan dicabar dengan konsisten sekali, inikan peraturan yang tidak menjadi sebagian daripada perlembagaan itu.

Jangan lupa, dalam sirah banyak sekali perjanjian itu dilanggar, kerana, soal menepati atau melonggar perjanjian dengan orang bukan Islam, tidak pernah berkaitan dengan 'keikhlasan'. Tidak ada orang kafir berjanji dengan kita dan ikhlas, Semuanya atas dasar pragmatik. Kalaulah orang kafir ikhlas berjanji, maka, tamadun Andalusia sampai hari ini masih ada. Satu perjanjian dengan orang kafir sentiasa berkaitan dengan sikap pragmatik - di mana beberapa perkara penting, termasuk kekuatan ummah, akan mengambil peranan penting.

Jadi, dalam konteks sekarang, kita terus terang saja, umat Islam di Malaysia ini terpecah belah. Ada UMNOnya, ada PASnya, ada KEADILANnya, dan ada DAPnya juga. Akibat fragmentasi ini, sudah pasti kesepaduan umat tidak wujud, lebih-lebih lagi, kelompok yang duduk dalam blok parti yang berbeza ini, akan sentiasa menafikan kata-kata dan agenda lawannya.

Sudahnya, jadilah macam sekarang, Tak kuat. Lalu, bila tidak ada kesepaduan ummah, maka kalau mereka langgar perjanjian itu nanti, macam-macam alasan mereka boleh guna, seperti hak kebebasan bersuara, hak asasi manusia, dan bermacam-macam hak lagi, yang boleh dihalalkan dalam sistem perundangan sekular. Mereka hanya perlu naik turun mahkamah lagi, memenangi tuntutan, dan seterus guna pakai ikut suka mereka. Apa yang hendak ditakutkan, akan ada yang menyokong, dan akan ada yang menentang. Malangnya, dan ini yang paling ironis, yang menyokong dan melawan itu pun bukanlah menyokong atau menentang atas kefahaman dan prinsip, tetapi kerana ikut kata ketua parti.

Jadi, soalnya, apakah ada jaminan mereka akan ikut garis panduan untuk selama-lamanya? Tidak. Ya, mereka akan ikut, tetapi keakuran mereka akan berkaitan rapat dengan kekuatan ummah, citra politik kontemporari, dan kekuatan yang mereka dapat daripada luar, khususnya antarabangsa. Semuanya hanya soal strategi. Jadi, kalau memang tidak ada jaminan, apakah kita perlu membuat pertaruhan?

Tidak timbul soal kalimah Allah ini permainan UMNO atau tidak. Jika ia memang betul satu permainan UMNO, atau memang betul satu permainan pihak berkepentingan lain, semacam barisan Alternatif - perhatian kita tidak seharusnya dipesongkan daripada satu perkara paling asas: Pertukaran ini hanyalah satu pelaksanaan dalam satu langkah jangka masa panjang dalam mengelirukan pemahaman akidah umat Islam di negara kita. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu.

...
http://muhammadlutfi.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives