NEW YORK: Seorang nenek yang ditahan atas syak wasangka anggota polis bahawa dia terbabit dalam pelacuran menyebabkan pihak berkuasa perbandaran terpaksa memberi pampasan kepadanya, menurut laporan, kelmarin.
Wanita itu dikenali sebagai Monica Gonzalez, 41, yang sudah berkahwin lebih satu dekad lalu dan tidak pernah dituduh terbabit dalam sebarang jenayah, lapor Daily News.
Tetapi, pada satu hari ketika berjalan melalui Sunset Park ke hospital kerana diserang asma ketika tengah malam, beliau dituduh mencari pelanggan dan ditahan.
(Gambar - hiasan tiada kaitan)
(Gambar - hiasan tiada kaitan)
Angota polis yang menahannya, Sean Spencer, memberitahu pendakwa dia melihat Gonzalez memanggil tiga lelaki di taman itu, menurut keterangan dokumen mahkamah.
Spencer juga menipu dalam laporannya apabila berkata, dia sedar tertuduh pernah ditahan atas sebab pelacuran sedangkan plaintif tidak pernah melakukan jenayah.
Kes itu sepatutnya dibicarakan tetapi Gonzalez memilih untuk mendapat pampasan sebanyak AS$35,000 (RM122,500).
0 comments:
Post a Comment