Followers

Kepala Ismail dituntut keluarga

Saturday, January 9, 2010

Oleh RAIS YEOP JOHARI

SEREMBAN - Kepala Ismail Awang, 79, salah seorang mangsa kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh Selasa lalu dituntut oleh anak keenam mangsa, Md. Jefri, 25, di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam.


Kepala Ismail yang ditemui ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor itu dituntut oleh Md. Jefri selepas dia membuat pengecaman pada pukul 11 pagi di Bilik Mayat HTJ.

"Pada mulanya saya tidak dapat cam sama ada kepala itu adalah kepala arwah ayah atau tidak tetapi selepas beberapa kali melihatnya barulah saya yakin dan sah itu adalah kepala arwah ayah," kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Walaupun sudah tiga hari tragedi itu berlalu namun Md. Jefri masih sukar untuk menerima cara kematian keempat-empat ahli keluarganya yang dianggap terlalu kejam.

"Saya tidak tahu mahu cakap apa, emak pun reda dengan apa yang berlaku jadi saya sudah tidak ada apa untuk diceritakan lagi," ujarnya sedih.

Semasa mula disuruh membuat pengecaman, kepala ayahnya ketika itu berlumpur dan telah pucat menyebabkan Md. Jefri keliru untuk mengesahkan ia adalah kepala bapanya.

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives