Followers

Komen pada artikel di Laman TKO

Saturday, January 9, 2010

Semalam saya lulus satu artikel yang dipost oleh Korban (ahli TKO) bertajuk Faktor Penderian PAS Celaru. Artikel ini ditulis oleh Zulkiflee Abu Bakar wartawan kanan Utusan Malaysia. Setakat yang saya ingat sudah 2 artikel Zulkiflee telah saya lulus terbit di laman ini atas kategori Open Artikel (Artikel Terbuka)

Konsep Open Artikel ialah memberikan beberapa ruang dalam laman TKO kepada penulis bukan PAS, atau pembangkang dengan idea dan pandangan yang berbeza.

Tujuannya tidak lain, tidak bukan untuk menjadikan TKO satu medan perbincangan yang lebih mantap bukan berfahaman sempit tanpa hujah.


Sekarang ada 16 komen pada artikel berkenaan, daripada 16 komen hanya 4 sahaja yang saya kira baik dan itu memenuhi istilah komen yang sebenarnya.

Maki hamun bukan cara terbaik untuk komen sesuatu artikel malah dengan cara ini imej TKO juga terjejas. Saya tak tahu nak apa yang nak dicakap lagi kepada mereka yang suka maki hamum orang lain. Menggunakan perkataan keji dan buruk. Jika di'ban' dengan menggunakan sistem kama pun rasanya tidak boleh meneyelsaikan tabiat ini.

Saya lebih berpendapat memilih untuk berhujah dengan baik adalah sebaik-baik cara untuk teguran kepada mereka yang berpendapat tidak sama dengan kita, malah jika pendapatnya salah sekalipun.

Saya juga kecewa dengan sikap tuduhan yang diberikan oleh alfalah

"aku rasa tranungkite versi baru ni dah lain macam.....banyak sgt artikel yang cuba melaga-lagakan PR.... adakah mereka dah sealiran dgn munawir dan yang seangkatan dengannya....

pendirian sapa yang yang bercelaru sebenarnya wahai Tranungkite! "

Kalau itu anggapan kita, Pemuda PAS yang berjumpa dengan pihak Gereja untuk mendengar pandangan juga boleh dianggap versi baru yang menyalah Islam.. Semua orang tahu pandangan Gereja tanpa perlu kita berjumpa, malah al Quran banyak memperingatkan tentang mereka ini.

Konsep percambahan ilmu yang boleh dididik dilaman ini mungkin tidak berjaya kalau kita suka maki, bersangka tak baik dan tidak memamahi konsep perbinangan...

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives